KEBIASAANNYA kehadiran cucu sulung paling ditunggu-tunggu datuk dan nenek sama di pihak ibu mahupun bapa.
Malah ramai juga dalam kalangan ibu atau ibu mentua yang cuba mengambil tanggungjawab dalam memastikan cucu mereka sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa.
Namun berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila pembantu rumahnya pula yang cuba mengawal keadaan ketika dia sedang berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung.
"Penat apabila dapat pembantu rumah yang acah-acah macam mentua cerewet ni.
"Kita dah la berpantang. Dia pula apabila baby 'ehek' sikit je, dia cakap... baby lapar ni, bagi susu cepat! Dia lapar susu," katanya.
Pembantu rumah mencari rezeki demi menyara pendapatan sekeluarga. -Gambar hiasan
Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita itu memberitahu saranan pembantu rumahnya bagaimanapun tidak berhasil malah memburukkan keadaan hingga menyebabkan bayinya muntah.
Bimbang dengan situasi yang berlaku, dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan yang doktor di klinik.
ARTIKEL BERKAITAN: Selalu marah bibik, datin terkedu dapat tahu pembantu rumahnya bukan biasa-biasa! Dulu perlekeh, kini kawan rapat
ARTIKEL BERKAITAN: Bibik orang tempatan merungut disuruh masak sup ayam, sayur tumis... Belum cukup jam dah nak balik, alasan sakit tangan
"Yang aku pun satu hal juga, aku dengar sangat cakap maid sampai stres tak pasal-pasal.
"Sekarang lepas dapat penjelasan daripada doktor, apabila maid sikit-sikit cakap 'lapar susu' memang aku sound dia," ujarnya mengimbas kembali perbualannya dengan pembantu rumah.
Pembantu rumah awak pemalas, apabila bagi susu baby senyap... kurang kerja dia.
NETIZEN
Mengulas lanjutnya katanya, doktor memberi penjelasan bahawa keadaan anaknya itu bukan disebabkan kelaparan.
"Kadang-kadang sebab perut tak selesa, lampin bayi dah penuh najis atau anak tu memang nak tidur.
"Geram aku dengan maid ni," katanya lagi.
Terdapat teknik untuk penyusuan ibu. -Gambar hiasan
Perkongsian ibu muda itu mendapat pelbagai reaksi dan persepsi dalam kalangan netizen terhadap pembantu rumahnya.
"Dia malas nak jaga. Jadi, kalau baby nak susu, boleh pass ke mak nya. Menangis sikit je susu. Padahal baru lepas susu.
"Pembantu rumah awak pemalas. Apabila bagi susu, baby senyap. Kurang kerja dia, red flag. Elok pasang CCTV (kamera litar tertutup) dalam rumah.
"Sebab tu kita sebagai ibu anak sulung sebelum beranak kena banyak belajar pasal baby, penyusuan bayi. Kalau ada kawan-kawan yang beranak-pinak tanya kat mereka," demikian antara komen netizen.