suria

Pengantin tarik muka sahabat lewat tiba, gagal angkat dulang hantaran - “Tak sponsor apa-apa, tak layak marah”

Pemberian hantaran merupakan antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam majlis pertunangan atau perkahwinan. -Gambar hiasan

SUDAH jadi trend masa kini, kehadiran bridesmaid atau gadis dulang dianggap penting apabila mereka dilihat dapat membantu menjadi penyeri sesebuah majlis perkahwinan.

Lazimnya, kumpulan bridesmaid terdiri daripada sahabat, adik beradik ataupun saudara rapat kepada pengantin perempuan yang akan mengenakan baju sedondon dan diberi tugasan tertentu bagi membantu kelancaran perjalanan majlis.

Jika ramai gadis atau wanita teruja diberi kepercayaan oleh pengantin untuk menjadi bridesmaid, namun berbeza pula kisah individu ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia mendakwa dirinya seolah-olah dipaksa menjadi bridesmaid kerana tidak pernah diberitahu lebih awal oleh sahabatnya yang bergelar pengantin.

Pengantin perempuan lazimnya 'menaja' persalinan untuk bridesmaid yang diberi kepercayaan. -Gambar hiasan

"Dia tak tanya pun aku berminat dan sudi tak jadi bridesmaid dia. Tiba-tiba je suruh pakai baju warna itu ini, suruh datang awal untuk angkat dulang. Aku ikutkan sajalah sebab fikir kawan. 

"Aku tak sempat datang awal masa angkat dulang tapi aku sempat sampai sebelum majlis tu bermula. Tapi bride dan kawan dia yang lain over sampai nak tarik muka dengan aku. Kau tak sponsor apa-apa tapi nak mengamuk tiba-tiba.

"Kalau bride tak sponsor anything untuk bridesmaid, layak ke bride arahkan itu ini dan marah bridesmaid?" kongsinya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini majlis kahwin aku ke kau?” - Bakal pengantin bengang ‘dulang girls’ persoal warna baju ditetapkan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin sedih ‘bestie’ tak layan dalam grup WhatsApp, abaikan cerita nak kahwin... Angan-angan pasang ‘bridesmaid’ berkubur

Individu tersebut menambah, sehari sebelum majlis pernikahan  berlangsung, dia sendiri sudah menghabiskan masa membantu sahabatnya itu sehingga pulang ke rumah pada awal pagi.

"Malam berinai dia habis pagi buta, dekat 3 pagi baru aku balik rumah. Lepas tu esok suruh aku datang pagi buta lagi. Ingat aku ni tak reti penat ke?

"Masa majlis aku, tak ada pun arahkan kau itu ini. Tak ada aku suruh kau jadi bridesmaid, tak ada pun aku suruh angkat dulang. Aku jemput kau datang sebagai tetamu je. Datang makan dan balik.

Malam berinai dia habis pagi buta, lepas tu esok suruh aku datang pagi buta lagi.

PENGADU

"Tak adanya aku menyusahkan orang. Sampai sekarang bergaduh sebab benda ni je," tulisnya lagi.

Tambah individu berkenaan, dia tidak akan meminta maaf atas apa yang berlaku malah memilih untuk menjauhkan diri daripada sahabatnya itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyebelahi individu berkenaan malah menyifatkan sahabatnya tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri.

Reaksi yang dilontarkan netizen.

"Sepatutnya kawan awak tu kena bincang and briefing dulu sebelum majlis. Paling tak, bincang dalam group WhatsApp.

"Dia nak free maid je tu awak. Good for you dah nampak true color dia dan dah cut off relationship dengan dia.

"Family kitorang tak pernah ada dulang boy dulang girl ni kalau kahwin atau nikah. Sesapa free dia angkat je lah dulang tu," demikian antara komen netizen. 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain