suria

Pelajar tak bawa makanan ke jamuan cikgu tugaskan jadi ‘cleaner’ cuci kelas... Ramai fikir negatif, tak sedar guru sedang mendidik

Seorang kakak terkilan syarat diletakkan guru adiknya mengenai jamuan di sekolah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berasa kurang senang dengan 'peraturan' dikenakan guru berhubung jamuan kelas adiknya.

Menerusi hantaran dibuat, dia meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa pelajar yang tidak membawa makanan untuk jamuan kelas bakal dikenakan ‘tugasan khas’.

"Adik saya buat kek brownies sebab ada jamuan kelas dan dia buat lebih bagi dekat kawan kerja. Kemudian adik saya cakap la dia bawa sikit je esok sebab ada orang lain bawa sekali (brownies).

Pelajar biasanya perlu membawa makanan sendiri sempena jamuan di sekolah masing-masing. -Gambar hiasan

"Jadi saya tak kisah. Tiba-tiba dia cakap macam ni, kalau tak bawa nanti kena jadi cleaner (tukang cuci) dalam kelas. Saya macam eh kenapa macam tu. 

"Dia cakap siapa yang tak bawa makanan, cikgu suruh dia bersihkan kelas. Saya macam terkejut la dengar. Kemudian, adik saya cakap lagi... cikgu cakap sekurang-kurangnya bawa la sikit makanan," ujarnya.

Terkesan dengan kata-kata itu, dia mula memikirkan kemungkinan terdapat pelajar yang tidak mampu membawa makanan mewah atau sekadar menyediakan snek ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena sambut hari jadi anak di sekolah satu hal, ibu stres tak cukup bajet beli ‘hadiah’ rakan sekelas

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu minta RM10 untuk jamuan raya, mak ayah ‘bising’ mahal siap nak pontengkan anak! Padahal jenis suka semua ‘free’

Bagaimanapun, dia berharap guru tersebut bersikap adil terhadap semua pelajar dengan tujuan mendidik pelajar-pelajarnya mengenai tugasan mencuci kelas selepas jamuan.

"Kemudian, saya rasa macam tak patut la paksa bawa makanan, jadi saya terfikir la macam mana kalau budak tu bawa kerepek atau benda-benda mudah dan tak ada siapa nak makan. 

"Lagi kasihan sebab saya pun pernah kena macam tu tapi bila fikir balik, mungkin cikgu nak sama-sama bawa makanan seorang sikit dan berkongsi. Macam tu la.

Kadang-kadang nada cikgu dengan adik awak tu tak sama.

NETIZEN

"Bila semua bawa makanan dan kemudian nanti semua kemas kelas sama-sama. Harapnya macam tu la. Kalau ada yang tak bawa makanan sekalipun, harap cikgu bersikap adil je nanti," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka terhadap perkara ini. 

Ada yang bersetuju dengan pendekatan guru, namun tidak kurang juga yang merasakan istilah 'cleaner' atau tukang cuci itu agak keterlaluan.

"Betul la tu, sekurang-kurangnya ada kerjasama juga. Sama macam buat kerja rumah. Tak tolong masak tapi makan sama-sama kan jadi tolong la basuh pinggan," kata seorang pengguna.

Komen beberapa netizen di media sosial.

"Kadang-kadang nada cikgu dengan adik awak tu tak sama. Perkataan (kata-kata) pun entah berbeza. Cikgu kata bersihkan kelas dia sebut cleaner terus.

"Orang berbudi kita berbahasa. Kiasan tu terpakai juga. Ibarat orang dah berbudi bawa makanan, kita dah makan dah 'happy tummy happy me', jadi balas je la budi dengan tolong kemas dan bersihkan," ujar netizen lain.

Menurut wanita itu lagi, istilah 'cleaner' bukanlah disebut oleh adiknya secara sembarangan, sebaliknya dia sendiri melihat mesej yang dihantar oleh guru tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain