IBU bapa juga manusia biasa, malah mereka sama seperti kita yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Di laman X, seorang individu berkongsi cerita mengenai sikap ibu bapa terhadap abangnya yang dianggap tidak wajar.
Menurut individu itu, ibu bapanya 'naik hantu' selepas abangnya mengalami kemalangan akibat terlelap ketika memandu.
Individu terlibat kemalangan biasanya akan mengalami trauma dalam tempoh tertentu. -Gambar hiasan
"Kenapa mak ayah kalau anak buat salah mesti kena marah mereka dulu? Abang aku kemalangan, dia microsleep, kereta memang total lost.
"Mak ayah aku sampai hospital je terus nak marah-marah. Tak ada tanya apa berlaku, dia okay ke tidak walaupun memang jelas dia tak okay," tulisnya.
Tanpa mendedahkan identitinya, individu itu berkata dia terpaksa masuk campur untuk menenangkan suasana tegang di dalam wad.
Mak ayah aku sampai hospital je terus nak marah-marah.
ADIK MANGSA
Malah katanya, dia bersimpati memikirkan nasib abangnya yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan berkenaan.
"Abang aku mata dah berair, aku terpaksa menyampuk suruh mereka relaks. Dia ni trauma tak habis lagi baru lepas kemalangan, tunggulah dia okay sikit.
"Selepas itu barulah mak ayah slow, kalau tak, dua-dua hentam abang aku. Kalau anak buat salah, memang patut kena marah tapi tengoklah situasi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bantu wanita kemalangan, pemuda kaku mangsa terlentok di bahu… Minta maaf siap-siap kepada BF atau suami
ARTIKEL BERKAITAN: Lama rehat sebab kemalangan, suami selesa tak kerja walau dah pulih! Sedap makan seorang duit sumbangan, tak peduli anak bini
"Abang aku tulang paha patah, hidung patah, rusuk retak. Dekat kawasan perut pun bengkak atau luka. Ni anak kau kemalangan tau, bukan terpecahkan gelas nak marah-marah macam tu.
"Cuba kau yang duduk di tempat dia? Mesti tertekan fikirkan kereta, kerja, tahan sakit lagi, kos pembedahan lagi," kongsi individu itu lagi.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen berkata memang wujud ibu bapa yang bersikap sedemikian, terutamanya yang sudah berusia.
Mangsa kemalangan memerlukan sokongan keluarga dalam saat getir. -Gambar hiasan
"Ini mak ayah zaman dulu. Tengok cara atuk dan nenek besarkan mereka.
"Cara orang lama. Maafkan mereka dan belajarlah daripada kesilapan mereka.
"Generasi lama tak reti tunjuk empati sebab mereka dibesarkan tak macam sekarang.
"Sebenarnya mereka marah diri sendiri. Tapi sebab tak reti nak luahkan, terhambur dekat anak-anak," tulis netizen.