SEORANG wanita tidak dapat melupakan satu detik hitam dalam hidupnya setiap kali menghulurkan duit belanja kepada ibu tercinta.
Dalam perkongsiannya di media sosial, wanita tersebut menceritakan pengalaman pahit mendengar kata-kata 'pedas' bapa saudaranya ketika sambutan Aidilfitri lalu.
Menurutnya, situasi itu berlaku ketika dia mengambil peluang untuk memberikan duit raya kepada ahli keluarga, termasuklah kepada bapa saudaranya itu.
Pelbagai pengalaman menghadiri rumah terbuka dikongsi di media sosial. -Gambar hiasan
"Masa nak bagi duit belanja dekat mak, saya teringat dekat pakcik (bapa saudara) sendiri.
"Masa hari raya hari tu nak bagi dia duit raya. Lepas tu dia cakap kuat-kuat dengan nada menghina.
"Malu ye sebab dekat situ ramai saudara mara dan famili sendiri juga," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Doa tak baik untuk rakan mulut celupar, wanita bimbang jadi asbab sampai sekarang diri tak hamil-hamil
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘demand’ naik gaji disindir, dibuli rakan sekerja gara-gara mulut celupar staf HR - “Bukan RM10,000 pun!”
Apa yang lebih memeritkan, kata-kata itu dianggap merendahkan dirinya di hadapan ramai saudara mara yang turut berada di situ.
Mendengar ayat 'pedas' pakcik itu, dia tergamam kerana tidak menyangka orang yang selama ini dihormatinya sanggup berkata demikian.
"Pakcik saya cakap, kalau setakat nak bagi dia RM50, tak payah. Baik simpan bagi mak bapa saya je sebab saya pun tak cukup makan.
Terus tergamam saya sebab tak sangka dia akan cakap macam tu.
PENGADU
"Dia tak nak duit saya sebab dia dah banyak duit, tujuh keturunan makan tak habis. Mak bapa duduk dengan saya bukan duduk dengan dia sampai nak cakap macam tu.
"Saudara mara semua tengok saya. Terus tergamam saya sebab tak sangka dia akan cakap macam tu. Duit saya memang tak banyak tapi saya belum sampai tahap nak biarkan mak bapa tak makan," jelasnya lagi.
Antara respon pengadu kepada netizen.
Sejak kejadian itu, dia mengakui dirinya kini sudah hilang rasa hormat terhadap bapa saudara tersebut yang sudah mengguris hatinya.
Dalam hantaran dibuat, seorang netizen turut memberikan cadangan kepada pengadu sekiranya berdepan situasi sama pada masa akan datang.
"Tahun depan bagi duit raya dekat saudara yang lain depan-depan pakcik tu. Lepas tu pusing dekat dia cakap kuat-kuat. Pakcik tak payah la ya, duit dah banyak kan," ujar netizen itu.