suria

Macam mana nak kerja kalau diri sendiri tak terurus? Rupanya ramai tak percaya pada pekerja gemuk!

Masalah berat badan boleh menjejaskan keyakinan seseorang. -Gambar hiasan

MEREKA yang berbadan gempal biasanya akan berdepan masalah kesihatan, kesukaran untuk melakukan aktiviti lasak serta kurang keyakinan diri.

Perkara itu turut diakui seorang individu bertubuh gempal yang tampil berkongsi pesanannya kepada orang ramai melalui satu hantaran tular di TikTok.

Tidak mendedahkan identitinya, individu itu berkata masalah berat badan juga boleh memberi kesan terhadap kerjaya seseorang.

Story on new year resolution

Individu bertubuh gempal juga sering berdepan kesukaran mencari pakaian yang cantik. -Gambar hiasan

"Dalam dunia pekerjaan, walaupun kau boleh buat macam-macam, kau perlu ada 'benda ekstra' untuk meyakinkan orang tentang kebolehan kau.

"Orang pasti lebih yakin kau boleh uruskan hal-hal kerja kalau kau boleh uruskan dan jaga diri sendiri dulu.

"Apabila gemuk, memang jelas yang kau ada masalah untuk jaga kesihatan diri," tulisnya.

Kau cakaplah macam mana pun, deep inside, kau tahu jadi gemuk tak best.

INDIVIDU BERTUBUH GEMPAL

Menurut individu itu lagi, mereka yang berdepan masalah berat badan juga biasanya tidak gembira dengan kehidupan mereka.

"Nak tak nak, kena akui, bila kau gemuk, kau tak gembira. Secara tak langsung, ia mengganggu emosi dan keyakinan diri.

"Secara general, apabila penampilan kau gemuk, itu perkara pertama yang orang nampak tentang kamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal berjaya kurus lepas dihina, puas hati kini penghina pula stres sebab gemuk - "Badan dia makin kepam, mengembang"

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi kenduri, wanita terkedu dihina gemuk oleh individu tak dikenali - “Makcik mulut puaka is real”

"Kepada orang gemuk macam aku, kau cakaplah macam mana pun, deep inside, kau tahu jadi gemuk tak best," tulisnya.

Jelasnya lagi, pesanan itu dikongsi atas pengalaman sendiri yang turut berdepan masalah berat badan.

"Aku bukan nak body shame, sebab aku tengah cakap pasal diri aku sendiri. 

"Jadi jom kita sama-sama berubah. Bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri, sebab sayang diri sendiri," pesannya lagi.

Pics for obesity story. Azman Ghani / The Star

Obesiti juga boleh mengundang pelbagai penyakit. -Gambar hiasan

Hantaran dimuat naik individu itu menerima lebih 100,000 tontonan dan dihujani komen pengguna TikTok.

"Apabila gemuk, hilang keyakinan diri. Nak beli baju malas. Bersiap tetap nampak tak cantik.

"Masa gemuk, ramai lelaki kat tempat kerja tak mahu bercakap. Tapi apabila dah kurus, semua buat-buat kenal.

"Ya, masa gemuk dulu mulut cakap yakin, gembira... tapi dalam hati Tuhan je yang tahu betapa susah nak sayang diri sendiri," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain