suria

Gaji mak ayah berpuluh ribu, anak bergaji kecil anggap dah tak perlu hulur duit- “Belanja aku pun cukup-cukup je”

Setiap individu mengimpikan pekerjaan dengan gaji lumayan demi masa depan lebih cerah. -Gambar hiasan

INDIVIDU yang baru memulakan kerja pastinya berdepan banyak cabaran termasuklah dari segi persekitaran dan menguruskan perbelanjaan bulanan.

Begitu juga dengan pemuda ini yang baru bekerja dengan gaji bulanan kecil,  menyebabkan dia belum mampu memberikan duit kepada ibu bapanya.

Dia mengakui selain gaji yang diterima cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan bulanannya, pendapatan bulanan ibu bapanya pula jauh lebih tinggi.

Mengira komitmen bulanan demi kehidupan yang lebih stabil. -Gambar hiasan

"Aku ni kan, tak pernah bagi duit kat mak ayah aku. Bukan tak nak bagi tapi mak ayah aku dua-dua pun gaji tinggi.

"Kalau gabung gaji mereka jadi puluh-puluh ribu. Aku ni baru kerja dan gaji 'seciput' je tak sampai RM3,000 pun.

"Nak survive sebulan pun cukup-cukup je. Mereka hidup okay je, kiranya kalau aku bagi duit tu macam hanya hadiah untuk mereka, bukan untuk mereka survive pun," luahnya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki muda gaji RM1,200 makan sekali sehari sebab nak meminang, wanita pendapatan 8 kali ganda ‘naik’ takut... Tak sangka si dia serius

Namun katanya, dia mula terfikir apabila melihat rakan-rakannya membuat perkongsian di laman sosial mengenai amalan memberi duit kepada ibu bapa.

Melihat perkongsian-perkongsian itu membuatkan dia tertanya adakah dirinya seorang anak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak melakukan perkara sama.

"Aku rasa macam anak yang jahat je bila tak bagi duit kat mak ayah. Takut yang rezeki aku ni tak berkat sebab kedekut dengan mak ayah.

"Sebabkan orang selalu kata rezeki tu berkat dan Allah murahkan rezeki, bagilah duit kat mak ayah walaupun kita rasa gaji kita tu sikit," ujarnya.

Tak apa, perlahan-lahan. Ada banyak cara selain bagi duit terus dekat mereka.

NETIZEN

Dia yang kini buntu dengan keadaan itu cuba mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan lebih ketenangan dalam dirinya.

"Apa yang aku buat ni betul ke? Atau aku patut bagi je sikit duit kat mak ayah setiap bulan dan tak perlu risau tak cukup duit sebab rezeki itu kan milik Tuhan?" soalnya.

Gaji pertama mungkin kecil, tapi jika dihulurkan sedikit kepada ibu bapa memberi impak besar. -Gambar hiasan

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-rata menasihatinya supaya berkongsi rezeki dalam pelbagai cara.

Malah, segelintir mereka turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil kira gajinya yang kecil itu.

"Tak bagi duit secara bulanan pun tak apa. Kalau ada lebih, belanja makan ke apa. Ajak pergi beli barang dapur ke.

"Top up barang dapur ke kalau mak nak masak, beli barang-barang basah. Tak apa, perlahan-lahan. Ada banyak cara selain bagi duit terus dekat mereka.

"Bagi masa kamu dik, itu lebih tidak ternilai. Contoh teman mak ayah pergi klinik bila sakit (ambil peluang bayar jika sempat). Teman mak tengok drama, masak atau berkebun. Walaupun hanya tolak troli barang masa beli barang dapur, ini pun mak ayah dah gembira.

"Dari semasa ke semasa, hadiahkan apa-apa macam beli telekung untuk mak, sejadah tu untuk abah. Jika mak ayah okay ada duit sendiri, tak perlu kalau tak mampu okay. Ada lebihan, cuma hadiahkan je," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain