suria

Bagi naik pangkat, kerja lebih tapi gaji rendah… Pekerja senior makin sakit hati dapat tahu dibayar setaraf junior!

Pekerja yang sudah lama berkhidmat pastinya berharap mereka dibayar dengan nilai yang setimpal. -Gambar hiasa

MENGIKUT kelaziman, mereka yang sudah lama berkhidmat dalam sesebuah syarikat akan dibayar gaji lebih tinggi berbanding pekerja baharu.

Namun, nilai gaji seseorang pekerja juga bergantung kepada tahap kelulusan akademik, pengalaman kerja serta tawaran yang diterima mereka.

Di aplikasi Thread, seorang individu turut meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendapat tahu dia dibayar gaji dengan nilai yang sama seperti pekerja baharu.

Tangga gaji seseorang biasanya ditentukan mengikut kelayakan dan pengalaman. -Gambar hiasan

"Baru-baru ini saya dinaikkan pangkat sebagai eksekutif senior dan saya tidak gembira dengan keputusan itu.

"Jumlah kenaikan gaji saya lebih sedikit berbanding eksekutif junior dan saya dapat tahu yang jumlah gaji kami sama," dakwanya.

Menurut individu itu lagi, dia tidak berdiam diri, sebaliknya turut bertanya kepada majikan tentang nilai gaji yang diterimanya.

Saya tak boleh terima nilai gaji ini... ibaratnya, naik gaji hanya untuk bayar cukai je. 

SENIOR TERSAKITI

Namun katanya, dia masih belum menerima jawapan dan penjelasan walaupun sudah dua bulan perkara itu berlalu.

"Saya bersyukur dengan rezeki ini, tapi saya juga manusia. Perasaan ingin tahu kenapa gaji saya sama dengan junior.

"Saya beritahu kepada bos yang saya tak boleh terima nilai gaji ini. Ibaratnya, naik gaji hanya untuk bayar cukai je.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘demand’ naik gaji disindir, dibuli rakan sekerja gara-gara mulut celupar staf HR - “Bukan RM10,000 pun!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa

"Walaupun dah dua bulan berlalu, ia masih sama. Saya pun dah tak bertanya," kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut melontarkan pandangan mereka berhubung isu berkenaan.

Menurut seorang individu, pengadu berhak menuntut keadilan memandangkan tanggungjawab kerjanya yang lebih besar berbanding pekerja junior.

"Bos dan syarikat mempergunakan awak je. Kalau mereka ikhlas, mesti gaji dah naik mengikut skop kerja yang awak kena uruskan.

Gaji yang rendah juga boleh menyebabkan pekerja hilang motivasi. -Gambar hiasan

"Lagi besar skop kerja, sepatutnya gaji lagi besar. Tak kisahlah awak mula kerja di situ dengan gaji berapa.

"Mereka patut bagi awak nilai gaji seorang eksekutif senior sebab tanggungjawab lebih besar," tulis individu itu.

Antara lain, ada netizen yang memberi cadangan supaya dia mencari kerja lain dan meletakkan jawatan agar dirinya tidak terus ditindas.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain