suria

Bakal suami bentang bajet lepas nikah, hanya sedia beri ‘all in’ RM500 sebulan termasuk nafkah… Hutang rumah isteri bayar penuh

Seorang suami wajib menyediakan nafkah buat isterinya. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga pasti akan melalui perbincangan mengenai pelbagai perkara termasuklah kewangan serta tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.

Lazimnya, suami akan menjadi pihak yang bertanggungjawab menyumbang sebahagian besar kewangan untuk rumah tangga, terutamanya dalam aspek perbelanjaan utama seperti bil utiliti, pembiayaan rumah, belanja dapur dan sebagainya.

Namun berlainan pula dengan situasi dikongsikan seorang wanita ini, yang mana dia perlu menanggung lebih daripada separuh perbelanjaan keluarga dek kerana perbezaan jumlah pendapatan.

Pasangan yang bakal berkahwin disarankan berbincang mengenai perancangan kewangan. -Gambar hiasan

"Gaji bakal suami RM3,800 hingga RM4,000 dan gaji aku dua kali ganda daripada gaji dia. Jadi sebelum nikah, kami ada berbincang komitmen yang perlu kami bayar.

"Kereta dia bayar sendiri, dan kereta aku... aku bayar sendiri. Tapi bab rumah, rumah tu aku beli sebelum kenal bakal suami lagi.

"Kemudian kesimpulan perbincangan kami adalah tiap bulan dia boleh bantu RM500 je... Itu pun dah termasuk nafkah. Logik ke?" kongsinya dalam satu hantaran di laman sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fikir susu anak, suami ‘selfish’ guna duit bantuan tukar bateri kereta buruk - “Dia beritahu lepas saya tanya”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami disangka kaya rupanya banyak hutang, perangai ‘ke laut’! Wanita gigit jari tengok ex-BF dan isteri, bahagia walau sederhana

Menurut wanita tersebut, disebabkan perkara itu, dia kini dalam persimpangan dilema untuk meneruskan majlis pernikahan yang bakal berlangsung awal Mei depan.

"Majlis untuk dua-dua pihak dah bayar sepenuhnya. Tambahan dia dah selesaikan wang hantaran dekat keluarga aku. 

"Banyak yang aku kena bayar kalau decide untuk tak nak teruskan. Aku betul-betul mati akal," tulisnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

Cari yang sekufu bab gaji. Nanti gaduh asyik ungkit-ungkit bahaya.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan supaya wanita berkenaan berterus-terang dan 'mengundur diri' sebelum perkahwinan berlangsung agar tidak menanggung beban di masa depan.

Tambah mereka lagi, perbezaan dalam komitmen kewangan boleh menjadi punca ketegangan dalam rumah tangga jika tidak diselesaikan dengan baik sejak awal. 

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Masih sempat nak batalkan apa yang patut. Run sis run, jangan teruskan perkahwinan ni bila awak dah ada was-was. Itu adalah petanda.

"Baik cari lelaki lain yang income tinggi daripada gaji kau . Masalah kewangan boleh membawa cerai akan datang. Baik kau single sampai tua daripada kahwin dengan lelaki miskin.

"Cari yang sekufu bab gaji. Nanti gaduh asyik ungkit-ungkit bahaya. Nasihat aku, cari yang sekufu," komen netizen.

Namun begitu, ada segelintir netizen mengecam wanita tersebut kerana terlalu mementingkan wang dan perkahwinannya berkemungkinan tidak akan bertahan kerana sikap suka mengungkit.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain