suria

“Bayar sendiri di kaunter atau hulur dalam kereta?” - Wanita serba salah nak belanja suami makan, risau terbuka aib

Seorang wanita menceritakan pengalaman ketika mengeluarkan belanja sendiri untuk suami. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan berumah tangga, isu pengurusan kewangan sering menjadi perkara utama yang perlu dihadapi dengan sebaik mungkin.

Apatah lagi pada masa kini ramai golongan isteri sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mempunyai pekerjaan tetap.

Keadaan itu menimbulkan rasa serba salah bagi seorang isteri yang mengakui berasa segan untuk membayar makanan suami ketika mereka keluar makan bersama.

Golongan isteri turut mengeluarkan duit bagi membantu perbelanjaan suami. -Gambar hiasan

"Anda (golongan isteri) kalau masa nak belanja suami makan, anda bayar di kaunter atau bagi siap-siap duit dalam kereta? Maknanya lepas siap makan dia pergi bayar.

"Saya macam segan apabila saya sendiri bayarkan dekat kaunter. Overthinking, risau aibkan suami. Atau adakah benda tu normal je?" luah wanita berkenaan.

Tambahnya lagi, rasa serba salah ini bukan kerana malu suaminya tiada duit.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami merungut ada wanita tak dikenali minta belanja makan, tak sangka pula isteri sendiri - “Akulah 'kakak' yang suruh dia bayar”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minta diberi wang setiap kali isteri mahu balik rumah ibu, ‘bayaran’ sebab tiada siapa nak uruskan makan pakai

Sebaliknya dia lebih memikirkan tentang pandangan orang lain berhubung tindakan itu.

“Saya ada perasaan segan sebab memang tiap kali makan, suami yang bayar kat kaunter. Saya pun jarang belanja dia makan.

"Apabila dah dapat jawapan, lega la sikit hati saya... rupanya normal je perempuan pergi ke kaunter bayarkan. Mungkin sebab saya introvert juga kot, jadi rasa segan tu ada sampai saya overthink,” jelasnya.

Bagus la ada perasaan berjaga-jaga takut aibkan suami.

NETIZEN

Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi rasa yang sama. 

Ramai wanita mengakui mereka juga pernah berada dalam situasi itu apabila rasa bimbang dianggap memalukan suami, walhal niat hanya mahu menggembirakan pasangan.

"Bagus la ada perasaan berjaga-jaga takut aibkan suami. Buat je apa yang kita rasa selesa. Kita bukan boleh kawal apa yang orang fikir.

Komen netizen di media sosial.

"Malas la nak fikir orang anggap apa. Aku belanja aku bayar. Suami belanja pun aku tolong bayarkan sebab dia introvert.

"Suami saya jarang pergi kaunter bayarkan. Duit dia ke, saya ke... saya yang akan bayar walau pergi mana pun. Dia tak suka pergi kaunter bayaran," ujar beberapa netizen berkongsi pengalaman.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain