SELAIN meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, hari raya juga memberi kesempatan kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
Bagi kebanyakan orang, inilah peluang yang dinanti-nantikan untuk saling bertanya khabar serta berkongsi cerita selepas sekian lama tidak bersua muka.
Namun tidak semua individu merasai kenangan hari raya yang indah bersama keluarga, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita di laman sosial.
Menurut wanita tersebut, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila menyaksikan bagaimana suaminya dilayan acuh tidak acuh oleh keluarga sendiri hanya kerana kerja 'biasa-biasa'.
Saling bermaaf-maafan antara yang muda dengan yang tua dapat mengeratkan lagi silaturrahim. -Gambar hiasan
"Paling sakit ketika balik raya tahun ni. Suami ada lima siblings, suami anak kedua. Kakak sulung dan adik yang lain rezeki dapat kerja company hebat jugalah dekat Malaysia ni.
"Suami je kurang bernasib baik walaupun dia graduate kelas pertama engineering, cuma daripada segi kerja tak dapat yang proper sampai sekarang.
"Balik raya tahun ni sedih tengok suami kena double standard dengan family dia sendiri. Ayah waktu borak-borak dengan pak saudara buat suami macam tak wujud, borak topik kerja anak-anak yang lain je. Sebak tengok reaksi suami," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah pilih kasih... 4 anak jadi doktor disanjung, seorang lagi diperlekeh! Beritahu orang lain ‘dia je kerja biasa’
ARTIKEL BERKAITAN: Pinjam duit saudara bayar tunggakan kereta, diri jadi modal mengumpat masa raya... Tak siapa pandang pengorbanan jaga atuk, nenek
Tambahnya, sepanjang berhari raya selama dua hari di kampung suaminya, selama tempoh itulah dia melihat betapa ketaranya suaminya dibandingkan dengan adik-beradik lain.
"Family tak ada common sense langsung. Boleh je nak borak topik general apabila ada ramai orang tapi mereka pilih untuk borak topik yang suami tak dapat get into the conversation pun.
"Dua hari jadi situasi yang sama. Hari kedua suami bangun beredar dari situ. Kita ni sebagai isteri sedih betul tengok," luahnya lagi.
Lepas tu asyik cerita pasal sports car dia, sports rim harga berbelas ribu, rumah dah ada tiga, empat buah.
NETIZEN
Biarpun benar-benar terkesan dengan apa yang berlaku, wanita tersebut berkata dia dan suaminya tidak pernah putus berdoa dan menyerahkan urusan rezeki kepada Allah.
"Insya-Allah satu hari nanti kalau kami kaya, kami akan ingat siapa yang sokong, siapa yang bantu," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, ternyata ramai turut berkongsi situasi yang sama malah ada yang pernah melalui insiden lebih menyedihkan.
Sebahagian daripada komen warga maya.
"Suami saya pernah berada di situasi macam ni dulu. Orang kerja gaji berbelas ribu bukan main lagi meninggi diri depan suami. Tapi habuk pun tak ada. At last bila susah cari suami saya juga.
"Kalau bukan bab kerja, bab anak dapat straights A dalam exam itu ini. Pernah terjadi waktu saya kecil dulu.
"Lepas tu asyik cerita pasal sports car dia, sports rim harga berbelas ribu, rumah dah ada tiga, empat buah," demikian antara komen netizen.