suria

Solat tak khusyuk sebab ada ‘gangguan’! Wanita pelik pintu surau tak dikunci diketuk kuat berkali-kali dari luar

Seorang wanita berdepan detik cemas ketika sedang solat di sebuah surau. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berdepan detik cemas ketika menunaikan solat apabila pintu surau diketuk berulang kali.

Lebih mencemaskan ketika kejadian, dia hanya ditemani dua anak kecil.

Berkongsi cerita, wanita itu memaklumkan dia menggunakan kemudahan surau di sebuah stesen minyak.

Jemaah wanita sedang mengambil wuduk sebelum solat. -Gambar hiasan

"Semalam saya singgah surau kat stesen minyak ni, dengan dua anak kecil lagi.

"Surau ni kongsi tau lelaki, perempuan boleh solat kat surau yang sama. Saya sengaja letak kasut kat luar supaya orang tahu saya ni perempuan," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Walaupun sudah meletakkan kasut perempuan sebagai 'petunjuk' di luar, tanpa disangka-sangka pintu surau diketuk berkali-kali ketika dia sedang solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat macam harta sendiri, jemaah wanita pakai telekung surau daripada Asar ke Maghrib… Tak hirau pengunjung lain tunggu giliran

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik jemaah masjid suruh 2 beranak tinggalkan kuliah agama... Terganggu si cilik tanya soalan tentang Munkar dan Nakir

"Saya tengah solat tiba-tiba ada ketukan bertalu-talu. Anak-anak saya manalah tahu nak buka ke apa.

"Saya solat pun tak khusyuk dah sebab nak cepat-cepat buka pintu.

"Lepas siap tu, saya buka pintu. Tercegat seorang isteri, seorang suami dan anak berusia dua atau tiga tahun," ujarnya.

Saya solat jadi lima minit je tau, laju sangat dah. Pintu tak kunci pun, tingkap nako je kot boleh je nak jenguk-jenguk.

JEMAAH WANITA

Kehadiran tiga beranak itu membuatkan dia tertanya-tanya apakah motif pintu surau diketuk dengan kuat berulang kali sehingga mengganggu jemaah yang sedang solat di dalam.

Malah, dia turut mempersoalkan kenapa pihak berkenaan tidak membuka sendiri pintu surau yang tak berkunci, sebaliknya terus mengetuknya berulang kali.

Setiap jemaah perlu bertimbang rasa ketika menggunakan kemudahan surau. -Gambar hiasan

"Dah tengok kasut perempuan kan, patut si isteri buka je. Saya tak kunci pun pintu. Takkan saya tengah sujud nak lari buka pintu pula.

"Korang rasa patut ke dia ketuk-ketuk banyak kali tak masuk-masuk, ke intai dulu ke? Kalau surau kongsi macam tu korang ketuk-ketuk atau tunggu je?

"Kalau rushing sangat pun, si isteri boleh je kan nak masuk. Takkan dia tak dapat kesan perempuan ke lelaki kat dalam surau dengan tengok pada kasut," luahnya lagi.

Apa yang lebih dikesalkan wanita itu apabila keluarga tersebut langsung tidak memohon maaf atas tindakan mereka yang disifatkan menganggu jemaah sedang solat.

"Si isteri cubalah jenguk kejap lepas ketuk tiga kali kalau risau saya tak bertudung ke apa. Ni dia ketuk-ketuk tapi tak buka-buka, saya bengang juga.

"Saya solat jadi lima minit je tau, laju sangat dah. Pintu tak kunci pun, tingkap nako je kot boleh je nak jenguk-jenguk.

"Mereka tak ada kata apa, tercegat je macam tak bersalah," katanya kesal.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?