suria

6 tahun tak naik gaji, teruk difitnah kakak! Individu anggap silap besar kerja dengan ahli keluarga

Setiap individu mengharapkan gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka. -Gambar hiasan

RAMAI menganggap bekerja dengan ahli keluarga mempunyai banyak kelebihan, antaranya mudah bertolak ansur, waktu kerja lebih fleksibel dan sebagainya.  

Namun, realitinya tidaklah seindah seperti yang digambarkan.

Berdepan dengan situasi sama, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila keputusan untuk bekerja di bawah seliaan kakaknya sendiri akhirnya makan diri.

"Saya kerja dengan kakak dah enam tahun gaji RM1,800. Tahun ni dah tiga bulan dia tak dapat bayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebab business teruk sikit, tapi dalam slip gaji tolak.

Ada segelintir individu memilih untuk tidak bekerja dengan keluarga atau rakan untuk mengelakkan konflik. -Gambar hiasan

"Bila kita ajak bincang, tanya kenapa tolak kalau tak boleh bayar, dia bagi alasan macam-macam. Tiba-tiba kata nak bagi yang caruman pekerja sahaja, majikan tak boleh bagi," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial. 

Menurut individu tersebut, dia terlintas untuk membuat laporan kepada pihak berwajib memandangkan perkara berkenaan membabitkan haknya sebagai seorang pekerja.

Namun ujar individu itu, tanpa diduga hal ini mengundang kemarahan kakaknya sehingga melibatkan ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih

"Bila kata nak report dekat KWSP, dia marah saya sampaikan fitnah saya dekat mak saya.

"Dan mak saya pun marah saya kata saya macam-macam, dengki dengan business kakak. Salah ke saya?

"Saya memang dah berhenti (kerja). Memang tadah telinga kena tuduh macam-macam dengan mak bila berhenti. Saya dituduh menghasut kawan-kawan supaya buat report, sedangkan kawan-kawan memang tahu Akta Kerja.

Jadi profesional. Personal dengan kerja, jangan campurkan.

NETIZEN

"Tapi kakak beritahu mak, kawan-kawan yang nak buat report sebab saya yang suruh. Bila ingat, sedih rasanya sampai macam tu sekali difitnah," ujarnya lagi.

Biarpun sudah tidak lagi bekerja bersama kakaknya, individu tersebut mengakui pengalaman berkenaan meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan sukar untuk dilupakan. 

"Kalaulah dapat diputar masa, benda yang saya nak betulkan adalah tak kan bekerja dengan family. Satu kesilapan besar yang saya buat," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil menitipkan kata semangat buat individu berkenaan dan menyifatkan keputusan yang diambil adalah yang terbaik.

Sebahagian daripada perkongsian pandangan warga maya. 

"Apa yang saya boleh kata, pergi cari kerja lain dan buat hal sendiri. Orang luar lebih menghargai awak daripada kakak atau ibu awak. Trust me.

"Report je. Jadi profesional. Personal dengan kerja, jangan campurkan. Awak jangan anggap dia kakak, tapi anggap dia sebagai majikan.

"Cari kerja lain je la. Kalau kerja dengan adik beradik ni macam tu la jadinya. Akan bergaduh dan mula salah faham. Silap hari bulan boleh putus saudara," komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Saiful Apek kena tahan?