TIDAK dinafikan, ada segelintir individu yang bekerja keras dan sanggup mengenepikan kepentingan sendiri demi membahagiakan ibu bapa.
Tidak terkecuali lelaki ini yang bekerja lebih 12 jam sehari kerana perlu menanggung komitmen yang tinggi setiap bulan.
Biarpun terlalu penat, namun individu yang tidak mendedahkan identiti itu berkata dirinya tidak mempunyai pilihan melainkan terus bekerja untuk menyara keluarga.
"Kena beli rumah, kalau tak beli rumah nak duduk mana? Kalau sewa boleh jadi pindah randah. Beli kereta untuk kegunaan orang tua dengan family, beli motor untuk kegunaan ulang alik pergi kerja.
Golongan lelaki bekerja keras mencari nafkah buat keluarga lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. -Gambar hiasan
"Terpaksa tiga benda ni saya kena loan, ianya membebankan tapi tiga benda ni penting juga.
"Bila tengah lelapkan mata, hati berbisik berkata amat memenatkan kehidupan ini. Sudah berbagai usaha buat untuk bebas hutang macam orang lain," luahnya.
Menurut individu ini, pendapatan tetapnya tidak mencukupi untuk menampung belanja serta membayar komitmen setiap bulan menyebabkan dia perlu melakukan kerja separuh masa sebagai pekerja penghantaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Hidup ‘single’, wanita kena tanggung beradik perempuan dah kahwin... Adik ipar malas kerja, tagih ihsan beli lampin anak
"Sekarang balik kerja buat part-time online delivery Grab, Lalamove motor untuk duit belanja harian dan lain-lain sehingga larut malam.
"Tengok kawan-kawan satu tempat kerja. 'Bro balik kerja pergi mana?'. Jawapan mereka, aku balik tidurlah, apa lagi. Tapi saya balik kerja, start motor buat part-time. Tiada rehat untuk saya.
"Gaji semua bayar komitmen… balance zero. Dapat duit part-time untuk buat belanja harian. Nak makan siakap tiga rasa pun fikir dua kali kena fikir dulu orang belakang. Saya dah penat terbeban di usia 31 tahun ini," luahnya.
Bila tengah lelapkan mata, hati berbisik berkata amat memenatkan kehidupan ini.
PENGADU
Meskipun begitu ujarnya, dia bersyukur kerana masih menikmati rezeki dari segi pekerjaan serta kesihatan yang baik.
Sekadar membuat luahan di media sosial, individu berkenaan juga turut meminta pandangan warga maya mengenai solusi terbaik untuk menguruskan komitmen yang sedang membebaninya ketika ini.
"Boleh ke saya nak jual rumah tu untuk bayar cash kereta dan motor... Duduk kampung buka kedai runcit kecil-kecilan. Saya dah penat sangat," tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap situasi individu berkenaan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap individu berkenaan, malah ada yang berkongsi pengalaman sendiri untuk dijadikan pengajaran,.
"Teruskan bertahan, loan motor dengan kereta akan habis. Kalau pun nak buka kedai runcit, jangan berhenti kerja. Buka bisnes ni lebih struggle.
"Berbakti pada mak ayah takkan rugi... percayalah. Satu hari nanti pasti rasa syukur Allah bagi ujian.
"Jangan malu downgrade. Kalau rasa tak boleh go dan buntu, kecilkan komitmen. Jual rumah, cari rumah sewa dulu," komen netizen.