suria

Wanita dalam pantang ‘tersepit’! Mak enggan terima tetamu, mentua nak juga ziarah tengok cucu... Tak faham erti pembawakan penyakit

Seorang kurang senang dengan sikap ibu mentua. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang baru bersalin runsing apabila ibu mentuanya tiba-tiba mahu bertandang ke rumah semasa dia dalam tempoh berpantang.

Menurut wanita berkenaan, ketika ini dia sedang menjalani proses berpantang di rumah ibunya sendiri bagi memudahkan proses pemulihan dan penjagaan bayi baru lahir.

Sepanjang tempoh itu, ibunya kurang gemar menerima tetamu kerana bimbang risiko jangkitan penyakit selain jadual harian yang padat untuk menguruskan dirinya dan bayi.

Berpantang merupakan waktu yang penting bagi ibu selepas bersalin. -Gambar hiasan

"Mak kita tak nak sesiapa datang melawat masa tengah berpantang sekarang ni sebab macam-macam penyakit. Takut tak terlayan tetamu sebab jadual nak uruskan orang padat.

"Yang mereka ni pula fikir cuma datang nak tengok baby je bukannya sebab nak susahkan famili saya. Suami pula beritahu yang maknya nak datang sini, minta duit belanja dekat sini.

"Saya rasa hairan. Patut ke saya bersuara sebab dah hujung bulan ni. Susah kalau cakap dengan orang tak faham erti pembawakan penyakit ni," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas habis pantang, mentua ajak masuk kedai emas… Terkejut dapat gelang 10 gram! - “Saya tak reti masak tapi pandai layan mak”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu berhenti ambil hati mak mentua, 20 tahun layan baik langsung tak dihargai! Siap buat ‘drama’ pagi raya

Menurutnya lagi, dia sudah memaklumkan kepada ibu mentua bahawa mereka sekeluarga akan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

Walaupun bayinya kini berada dalam keadaan stabil, dia tetap perlu mengutamakan langkah berjaga-jaga demi keselamatan semua pihak.

Pada masa sama, pengadu turut mempersoalkan mengapa mereka perlu menanggung perbelanjaan keluarga mentua yang ingin datang berkunjung.

Masa tu nak tengok puas-puas pun tak kisah.

PENGADU

"(Keluarga mentua) Yakin bahawa diri tu tak bawa penyakit sebab anak beranak walaupun mereka duduk jauh. Nanti sudah habis pantang kami akan balik kampung. 

"Masa tu nak tengok puas-puas pun tak kisah. Baby dah okay sikit tapi masih kena ada langkah berjaga-jaga kan. 

"Lagipun kenapa pula kami kena tanggung perbelanjaan mereka untuk ke sini? Bukan kita yang minta mereka datang, malah sebaliknya," luahnya lagi.

Komen netizen pada hantaran asal.

Selepas luahan itu dibuat, rata-rata netizen memberi cadangan kepada wanita ini supaya mengajak suaminya berbincang.

"Tolong beritahu perkara ini dengan suami awak. Anak kawan saya sudah 'terkena' (penyakit). Seminggu dekat wad punca daripada saudara datang melawat.

"Mencegah lebih baik sebab zaman sekarang ni banyak penyakit bukan macam orang dulu-dulu," komen netizen menceritakan pengalaman sebelum ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain