suria

Malas hadap isteri, bantu urus anak... Ramai suami lepak ofis sampai malam! Senang hidup, balik rumah semua dah selesai

Segelintir lelaki gemar menghabiskan masa di pejabat kerana tidak suka berada di rumah. -Gambar hiasan

SUDAH jadi lumrah, tak semua mahligai yang dibina akan bahagia dan berkekalan selamanya walaupun dibina atas dasar cinta.

Ada juga individu yang hidup dalam keadaan menderita kerana tersalah memilih pasangan kerana mahu mempertahankan perkahwinan.

Di media sosial, tular perkongsian seorang individu mengenai rakan-rakan lelakinya yang tidak bahagia dalam perkahwinan mereka.

Sikap isteri yang suka membebel boleh menyebabkan lelaki tidak suka duduk di rumah. -Gambar hiasan

Menurut individu itu, rakan-rakannya sanggup bekerja lebih masa kerana tidak mahu meluangkan masa bersama isteri.

"Duduk ofis sebab di rumah ada isteri. Ramai kawan yang lagi sanggup duduk di ofis sampai 9 atau 10 malam. Overtime sebab tak sanggup balik rumah jumpa isteri.

"Hampir semua cakap menyesal kahwin dengan pasangaan yang silap. You guys ada kenalan macam ni?" tulis individu itu.

Ramai kawan yang lagi sanggup duduk di ofis sampai 9 atau 10 malam. 

PEMILIK POSTING TULAR

Dalam hantaran sama, dia turut menyenaraikan beberapa masalah yang menjadi punca rumah tangga rakan-rakannya tidak bahagia.

"Antara sebabnya, permintaan (isteri) tak munasabah, diabaikan oleh isteri dan keluarga mentua sebab beli rumah RM1 atau RM2 juta dengan gaji RM6,000.

"Kes lain pula sebab perbandingan berterusan dan dipandang rendah kerana isteri tengok media sosial rakan-rakan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Habis waktu ofis, ‘jumpa’ kekasih gelap di ruang chat aplikasi jual beli pula! Acah nak bunuh diri lepas kantoi dengan bini

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah punca skandal di ofis, 8 jam bersama macam-macam boleh jadi... Tudung terselak, butang baju terbuka

"Isteri minta suami benda-benda yang tidak realistik. Takut," tulis individu itu lagi.

Menjengan ke ruangan komen, pelbagai pandangan dilontarkan oleh netizen berhubung masalah yang diperkatakan.

"Duduk ofis buat apa? Kalau tak puas hati (dengan isteri) cakap. Kena berkomunikasi. Kalau tak berkesan, pergi terapi atau kaunseling. Kalau tak boleh juga, cerai la.

Children looking for porn sites on tablet.

Tugas menjaga anak tidak sepatutnya diserahkan kepada isteri sahaja. -Gambar hiasan

"Kat ofis aku ramai tak nak balik rumah awal sebab malas nak tolong uruskan anak. Bila balik lambat, bila sampai rumah bini dah siap masak, anak pun dah siap mandi dan makan semua.

"Bekas bos aku macam ni. Lepas ofis sampai 10 malam sebab malam layan anak dan bini.

"Memang ada rakan sekerja saya yang tak nak balik rumah sebab isteri tak berhenti membebel," tulis beberaa netizen lagi.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain