APABILA menerima jemputan ke majlis perkahwinan, tetamu pastinya akan datang dengan mengenakan pakaian yang kemas dan bersesuaian.
Bagi kebanyakan kaum Hawa pula, terdapat beberapa 'pantang larang' yang perlu dipatuhi supaya kehadiran mereka tidak 'menenggelamkan' seri pengantin perempuan.
Antaranya, mereka akan mengelakkan busana berwarna putih, solekan berlebihan serta melukis inai dengan corak yang sarat.
Solekan untuk majlis resepsi biasanya agak tebal berbanding solekan untuk acara-acara lain. -Gambar hiasan
Di aplikasi Thread, seorang wanita mendakwa dia telah disindir oleh saudaranya kerana mengenakan solekan tebal ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupu.
"Salah ke pakai foundation tebal sikit bila datang kenduri kahwin sepupu saya?
"Saya pakai sebab kulit tengah break out teruk, jadi terpaksa pakai (solekan) tebal untuk tutup cela.
Saya rasa teruk bila dia cakap macam tu sebab rasa macam saya overshadow pengantin.
PENGADU
"Tup-tup kena sindir dengar ibu saudara saya. Dia kata 'ini hari pengantin' sambil tunjuk sepupu saya," tulis pengadu.
Tambahnya lagi, dia juga hanya menggayakan pakaian biasa ke majlis perkahwinan itu.
"Saya datang dengan memakai jubah abaya kosong dengan tudung sauk. Muka je mekap tebal. Dah la dia cakap kuat-kuat.
ARTIKEL BERKAITAN:Murid mulut lancang tegur ibu rakan melaram, mekap tebal - “Jangan sampai mama datang tepuk mulut dia”
ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar malas hadir jamuan raya, ‘gelabah’ cikgu larang mekap... Wanita terkejut ‘diserang’ sebab beri nasihat
"Saya rasa teruk bila dia cakap macam tu sebab rasa macam saya overshadow pengantin. Mekap pun tak pakai blusher.
"Hanya foundation untuk tutup jerawat merah-merah dan secalit gincu," jelasnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut berpihak kepada pengadu dan menganggap tindakannya itu tidak salah.
Sesebuah majlis itu pastinya tidak meriah tanpa kehadiran tetamu. -Gambar hiasan
"Kalau awak tak mekap pun, nanti dia tegur pula tentang masalah wajah awak. Orang macam ni, kita buat apa pun mulut dia akan mengata juga.
"Maknanya awak cantik, sampai orang lain rasa terancam. Bukan salah awak sebab cantik.
"Tak salah dik selagi tak pakai veil. Jangan layan orang macam tu," tulis netizen.