suria

Wanita bahagia nikmati fasa ‘honeymoon’ panjang, tak terkesan acik-acik sibuk tanya zuriat - “Saya masih mahu jadi baby kepada suami”

Seorang wanita menikmati 'bulan madu' sementara menanti kehadiran cahaya mata. -Gambar hiasan

KEHADIRAN cahaya mata sememangnya menjadi penyeri dalam rumah tangga.

Namun bukan semua pasangan dikurniakan dengan rezeki anak di awal perkahwinan.

Seperti mana pasangan suami isteri ini, mereka dijadikan topik perbualan mengenai kesediaan untuk menimang cahaya mata hanya kerana sudah lebih setahun berkahwin.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Dah setahun empat bulan nikah, masih belum ada baby. Ramai juga makcik-makcik dan saudara-mara tanya 'Dah ada isi ke belum? Bila nak ada baby and so on'.

"Sikit pun saya tak terasa atau triggered dengan benda ni. In fact, saya cakap 'Kami masih lagi dalam fasa honeymoon'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu buat rakan terasa hati, datang ziarah sibuk komen kediaman kecil, buat-buat lupa tuan rumah lama menanti zuriat

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa ‘pedih’ baca mesej suami kaki sindir, marah isteri tak sempat masak - “Anak tidur, emaknya ikut sekali”

Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia mengakui bersyukur dengan kehidupannya kini bersama suami tanpa mahu dibebani dengan asakan orang luar mengenai zuriat.

"Saya masih mahu menjadi baby kepada suami. Nanti bila ada baby, siapa nak layan anak-anak buah dan sepupu kecil ni?

Enjoy dulu. Allah tahu bila waktu yang tepat.

NETIZEN

"Benda simple, Allah reka semua cerita yang kita jalani ini sangat indah. Siapa kita nak persoalkan?" ujarnya.

Berpegang kepada qada dan qadar, dia reda dengan ketentuan Ilahi mengenai rezeki anak.

Kehadiran cahaya mata dianggap penyeri rumah tangga. -Gambar hiasan

Pada masa sama, dia berfikiran positif dengan memperkukuhkan keharmonian dan kestabilan rumah tangganya.

"Saya mahu menikmati momen-momen dengan suami sementara belum ada baby," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan situasi yang dihadapinya sambil memberikan kata-kata semangat.

"Samalah, saya tak terkesan langsung. Kami hidup gembira bercuti sana sini.

"Honeymoon dulu, best tau. Dunia kita yang punya.

"Enjoy dulu. Allah tahu bila waktu yang tepat," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain