DIKURNIAKAN cahaya mata merupakan suatu anugerah tidak ternilai dan sememangnya dinantikan oleh mana-mana pasangan yang telah bernikah.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di Thread, seorang staf perubatan tampil mendedahkan kisah wanita mengandung yang langsung tidak ambil kisah tentang kehamilannya serta bayi dalam kandungan.
"Ada ke patut seorang pesakit mengandung sembilan bulan datang kat unit aku untuk beranak, bila tanya 'history' semua tak tau!
"Berapa minggu mengandung pun tak tahu. Bila tanya check-up kat mana apa semua, langsung tak ada check-up mana sepanjang sembilan bulan," dia memulakan cerita.
Ibu hamil perlu membuat pemeriksaan kesihatan berkala. -Gambar hiasan
Menyifatkan perbuatan itu sebagai bentuk pengabaian, dia menasihati ibu muda, khususnya mereka yang bakal menimang cahaya mata agar lebih prihatin serta bertanggungjawab terhadap kandungan.
Malah, dia juga bimbang sekiranya sikap tidak ambil peduli itu menyebabkan golongan ibu sebegini akan menyesal jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
"Bila nurse membebel mula la cakap nurse garanglah apa la.
"Tolonglah wahai ibu-ibu muda, tolong ambil kisah tentang kehamilan anda. Nanti kalau jadi apa-apa bukan nurse yang menangis, awak yang menangis," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun tunggu zuriat, wanita tak tahu diri mengandung… Sedar-sedar lahirkan ‘bayi ajaib’
Posting yang dikongsi mendapat pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata menyelar sikap tidak bertanggungjawab wanita berkenaan.
"Kalau semuanya nak anggap mudah je, susah juga.
"Peliklah. Zaman dulu boleh tahan lagi, zaman sekarang ni 24 jam pegang telefon bimbit. Tak kanlah tak tau kena pergi check up.
"Sekurang-kurangnya terujalah sikit nak beranak, anak sulung pula tu," ujar netizen.
Komen warga maya
Sementara itu, ada juga netizen berkongsi insiden hampir serupa dialami mereka.
"Ada pesakit tu tak sedar pun dia mengandung. Katanya ada angin dekat perut, tapi rasa sakit masa nak membuang.
"Bila doktor check, rupa-rupanya ada bayi. Janin dah terbentuk habis pun.
"Masa dia bersalin, rasa terpinga-pinga jugalah. Macam kucing beranak, buku apa pun tiada.
"Kes ni memang banyak berlaku. Ada seorang tu dah bertahun-tahun cuba mengandung (TTC) dan memang ada masalah haid tak teratur.
"Tiba-tiba je rasa sakit perut, sudahnya beranak dekat tandas," antara perkongsian warganet.