PERASAAN cemburu mendorong seseorang itu untuk bertindak secara tidak rasional hingga akhirnya mengundang konflik dalam perhubungan.
Menurut seorang wanita, dia tidak selesa apabila bekas isteri kepada suaminya menghubungi lelaki berkenaan pada awal pagi ketika mereka diulit mimpi.
"Bekas isteri suami aku telefon pukul 4 pagi semata-mata nak bagi tahu anak mereka masuk hospital sebab nak bersalin," katanya menerusi hantaran di satu kumpulan Facebook.
Sebarang masalah perlu dibincang dari hati ke hati demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, wanita berkenaan mempersoalkan kewajaran bekas isteri suaminya itu menelefon pada awal pagi.
"Apabila aku tanya siapa yang telefon, dia cakap bekas isteri dia. Aku tanya lagi tak ada masa lain ke nak call?
"Tiba-tiba suami aku suruh cakap elok sikit. Katanya... anak aku masuk hospital. Tapi anak dia tu kan dah ada suami," katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki simpan dendam kesumat, hantar sihir kepada bekas isteri melalui 'teddy bear' anak
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah dua kali cerai tapi masih rapat... Wanita rasa tak sedap hati, encik tunang dan bekas isteri masih ‘check in’ dengan anak-anak
Luahan wanita itu dikongsikan semula di aplikasi Thread oleh seorang pengguna wanita sambil memberi pandangan agar dia tidak terlalu beremosi dalam isu berkenaan.
"Bekas isteri tu call bukan nak menggatal pun, cuma nak beritahu yang anak mereka tu dah nak bersalin.
Barannya baca... dah budak tu nak beranak takkan tak bagitau mak bapa dia.
NETIZEN
"Memang kena beritahu sebab itu anak dia (suami pengadu). Tak kisah la, anak tu dah ada suami sekali pun. Itu tetap anak dia, dunia akhirat," katanya.
Dalam pada itu rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita yang berkongsi luahan tersebut dengan mengharapkan agar ibu tiri tidak memisahkan kasih bapa kepada anaknya.
Reaksi netizen
"Biarlah, anak dia kan? Awak tu sebagai isteri kenapa nak marah? Lagi bagus bagi kata-kata semangat. Suami pun makin sayang dan terharu sebab bini baharu memahami.
"Barannya baca. Dah budak tu nak beranak takkan tak bagitau mak bapa. Benda beranak bukan benda ringan.
"Dia tak tau ke, kalau laki dia tu ada anak perempuan lagi dan bakal berkahwin, yang jadi wali nanti siapa? Tiada istilah bekas anak," katanya.