suria

Wanita gelabah majlis kahwin dah dekat bakal mentua cuma relaks! Hantaran, semua benda pihak perempuan kena urus

Hantaran, bunga telur kini menjadi kemestian di majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

GELABAH, mungkin itulah perasaan wanita ini yang berada dalam fasa persiapan perkahwinan.

Wanita itu mendakwa hanya keluarganya dan bakal suami yang memikirkan mengenai persiapan perkahwinan, manakala bakal ibu mentuanya langsung tidak ambil peduli.

Menurut wanita itu, hari persandingan mereka hanya tinggal kurang sebulan dari sekarang dan semestinya dia berasa cemas.

Persiapan perkahwinan penting dalam kelancaran sesuatu majlis. -Gambar hiasanPersiapan perkahwinan perlu dibuat bersama ahli keluarga. -Gambar hiasan

"Sebenarnya bagi ke tak anak dia nak kahwin ni? Kami lagi berapa minggu je nak kahwin, tapi mak dia tak bincang dengan mak saya.

"Dia tak tahu menahu pun apa yang dah selesai, apa yang belum. Dia macam lepaskan semua kat pihak perempuan termasuk dulang hantaran, baju nikah, baju sanding semua.

"Ke sekarang memang macam tu? Memang perempuan yang selesaikan semua?" kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah dihalang jemput saudara jauh datang kenduri, nenek cop cucu 'pemutus silaturahim'! Tak fikir pasal makanan tak cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terjerat ‘game’ kotor ibu mentua, jadi bahan umpatan dan fitnah hari kenduri… Suami tak selidik terus nak cerai!

Tambah wanita ini lagi, dia tidak pernah mengetepikan bakal mentuanya dan segala persiapan termasuk tarikh majlis sudah dimaklumkan oleh bakal suami.

"Keluarga dia semua respon OK tapi sampai sekarang tiada siapa tanya baju nikah dah beli ke belum, kasut semua. Faham tak?

"Mereka cuma tanya rumah saya yang renovate tu dah siap ke belum? Buat kenduri nanti kat mana? Itu je. 

"Sampaikan bakal laki suruh saya buatkan dulang hantaran sebab famili dia tak masuk campur. Memang seorang pun tak tanya apa yang dah selesai," katanya.

Saya kahwin dulu pun begitu, masing-masing urus majlis sendiri.

NETIZEN

Dia juga menyangkal pandangan netizen yang menganggap dirinya terlalu berfikir berkaitan isu berkenaan.

"Saya nak positif tapi tak boleh sebab persiapan kami dia tak pernah tanya.

"Kalau dia tak nak masuk campur pun sekurang-kurangnya dulang hantaran tu buatlah untuk pihak dia kan? Tapi tak, famili saya yang buat semua," katanya yang turut mengesahkan sudah menerima wang hantaran.

Netizen juga berpandangan, wanita itu tidak perlu bimbang kerana bakal suaminya masih mengambil berat berkaitan hal perkahwinan mereka.

"Jangan risau, sebab anak mereka lelaki jadi tak beria sangat, yang penting pasangan anda main peranan dan bersungguh-sungguh.

"Mungkin keluarga dia ada tanya, cuma bakal suami je tak beritahu atau rasa benda tu tak penting untuk dibincangkan," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Ada juga warga maya mendakwa wanita itu terlalu kelam kabut, sedangkan hakikatnya ramai bakal pengantin menguruskan sendiri majlis mereka tanpa berharap kepada ibu bapa.

"Kenapa majlis kahwin kita tapi ibu bapa pula yang kena bincang? Saya dan suami selesaikan berdua. Masing-masing cuma beritahu mak ayah je apa kami nak buat.

"Dulang hantaran suami dan dulang hantaran belah saya semuanya saya buat sendiri tiada isu. 

"Mak mentua saya sejenis yang memang tak ambil tahu dah lima tahun jadi menantu dia. OK je, sejenis tak campur apa-apa hal saya.

"Saya kahwin dulu pun begitu, masing-masing urus majlis sendiri. Saya pun tak ambil tahu majlis belah sana," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia