SEORANG wanita dimarahi jirannya gara-gara didapati membuang sampah di luar kawasan rumah hingga mencacatkan pemandangan.
Bagaimanapun menurut cerita wanita itu, sampah-sampah berkenaan bukan dibuang dengan sengaja sebaliknya dilakukan anaknya yang mempunyai masalah kesihatan.
"Anak autism aku pergi buang barang kat area sebelah rumah.
Anak autism mempunyai bakat yang istimewa berbanding kanak-kanak biasa. -Gambar hiasan
"Lepas tu datang seorang pakcik sound... kenapa buang-buang sampah, kau ingat ni tempat buang sampah ke? Pergi buang kat tong.
"Aku beritahu pakcik tu, orang yang buang ni tak sihat. Dia balas balik... kalau tak sihat pergi klinik yang buang sampah kat sini kenapa?," imbas wanita tersebut menerusi perkongsian di media sosial.
Wanita itu berkata dia sedih dengan apa yang terjadi namun pada masa sama memilih untuk tidak menerangkan masalah dihadapi anaknya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak autism selesa, ibu bapa pasti tenang... miliki pets pilihan terbaik tangani masalah interaksi sosial, stres
ARTIKEL BERKAITAN: Karya beremosi! Remaja autism Malaysia dinobat juara Asia selepas terjemah penat lelah frontliners atas kanvas
"Nak terangkan autism takut tak faham. Sebab tak ramai lagi yang tahu kesedaran tentang autism ni.
"Malaysia belum lagi negara yang mesra autism seperti United Kingdom, Australia, Jepun dan Singapura," katanya.
Perkongsian itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen.
Zaman sekarang ramai faham dan sedar apa itu autism, cuma awak je masih nafikan.
NETIZEN
Mereka berpandangan wanita itu sewajarnya memaklumkan kepada pakcik berkenaan masalah yang dihadapi anaknya dan bukannya bertindak mendiamkan diri.
"Reaksi pakcik tersebut tidak boleh dianggap salah kerana masyarakat seperti awak gagal memberikan penjelasan sejak awal.
"Dalam psikologi, ini disebut sebagai just-world fallacy (fallacy dunia yang adil) di mana kecenderungan orang akan menyalahkan mangsa apabila situasi tidak diterangkan dengan jelas.
Reaksi netizen
"Beritahu je anak tu autism. Tak perlu nak terangkan sakit bagai. Masalahnya sekarang awak yang fikir orang tua tak faham.
"Zaman sekarang ramai faham dan sedar apa itu autism. Cuma awak je masih nafikan. Dah awak cakap tak sihat memang la jawapannya kena bawa pergi klinik," katanya.
Untuk pengetahuan bersama, autisem atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan dan tingkah laku seseorang ketika interaksi sosial dan cara berkomunikasi.