SEORANG wanita mendedahkan tidak menerima gaji bagi bulan Jun 2025 selepas meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, atas alasan majikan melakukan gangguan seksual.
Menurut wanita tersebut, dia menerima dua dokumen menerusi emel daripada syarikat iaitu penyata gaji bulan Jun dan satu lagi menyatakan bahawa gajinya tidak akan dibayar.
Syarikat memberi alasan bahawa mereka berhak tidak membayar gaji kerana dia berhenti secara mengejut dalam tempoh percubaan.
Pekerja yang diganggu jangan sesekali takut untuk membuat laporan. -Gambar hiasan
"Saya berhenti disebabkan saya menerima gangguan. Tapi dalam notis itu, mereka tidak menerima (alasan) notis 24 jam saya dan gunakan klausa tempoh percubaan sebagai alasan tak bayar gaji.
"Atas nasihat beberapa rakan, saya balas semula minta tuntutan gaji pada bulan Jun. Saya minta jelaskan dalam tempoh tiga hari untuk bayar atau saya lapor pada pejabat buruh," katanya.
Wanita itu memaklumkan dia kemudiannya menerima mesej WhatsApp daripada dua individu iaitu pegawai sumber manusia (HR) dan isteri kepada bosnya yang didakwa melakukan gangguan seksual.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kenal, rakan pejabat mesej panggil ‘princess’ sebelum tidur… Dasar lupa diri ada anak isteri!
ARTIKEL BERKAITAN: Emosi teruk terjejas, mangsa gangguan seksual cari jalan mahu 'big boss' dihukum! Ofis cuma beri amaran, tutup kes
Gajinya kemudian dibayar dan dia percaya pembayaran itu dibuat kerana syarikat bimbang isu itu akan dibawa ke pihak berkuasa.
"Tapi yang sangat menyakitkan hati bila saya dituduh bersalah. Saya pula dituduh macam nak kan laki dia. Saya dituduh reka cerita atas apa yang berlaku," katanya.
Dia kemudian berkongsi mesej WhatsApp yang dihantar oleh isteri bekas majikannya itu kepadanya.
Seorang wanita tak dibayar gaji Jun selepas berhenti kerja dalam 24 jam akibat gangguan seksual.
Syarikat tolak notis berhenti dan guna alasan tempoh percubaan untuk tidak membayar gaji.
Selepas ditekan, syarikat bayar gaji namun wanita itu difitnah cuba menggoda bos.
Isteri bos turut hantar mesej marah dan berharap tidak bertemu lagi di dunia atau akhirat.
Wanita itu dakwa ada bukti gangguan, dan netizen sokong dia tuntut keadilan.
"Tak perlu awak susah payah buat laporan polis dengan cerita yang macam tu. Kami diam bukan takut dan awak menang.
"Kami di jalan yang benar dan biarlah dengan gaji awak tu tak perlu kita bersua lagi dan berhubung lagi.
"Moga tidak bertemu di dunia dan tidak bertemu di akhirat juga," tulis isteri bekas majikannya dalam mesej WhatsApp.
Wanita itu menegaskan dia mempunyai bukti rakaman suara perbuatan lelaki itu terhadapnya.
Reaksi netizen
"Saya ada rakaman suara. Kalau dia nak bukti, tengok saja kamera litar tertutup (CCTV) bilik suami dia.
"Tapi kalau suami dia sendiri padam rakaman, saya tak boleh buat apa,” ujarnya.
Dia turut mengingatkan isteri bekas majikannya bahawa mereka mempunyai anak perempuan yang mungkin akan berdepan masalah yang sama di masa akan datang.
Netizen dalam pada itu mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan dan mendapat keadilan sewajarnya.
"Harap dapat keadilan, sepatutnya teruskan buat laporan ke pejabat buruh dan heret mereka ke mahkamah.
"Kalau bos sendiri, mungkin HR tu pun diminta tutup mulut. Ada kes macam ni tapi yang buat gangguan masih ada kat syarikat tu," antara komen netizen.