suria

“Dunia sekarang tidak adil!” - Pelajar cemerlang SPM kecewa tak dapat biasiswa... Mak ayah gaji besar jadi penghalang

Golongan berpendapatan rendah menjadi fokus utama pemberian biasiswa pendidikan. -Gambar hiasan AI

SEORANG remaja meluahkan rasa kecewa apabila usaha kerasnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seolah-olah tidak dihargai hanya kerana faktor latar belakang keluarganya yang berpendapatan tinggi.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia menganggap perkara itu sebagai 'hukuman' berikutan gagal memperoleh biasiswa pendidikan seperti yang diharapkan.

"Tak tahu nak cakap macam mana lagi, adakah layak aku sebagai anak dihukum atas kejayaan ibu bapa?

Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM gemar melakukan ulang kaji bersama rakan. -Gambar hiasan

Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM gemar melakukan ulang kaji bersama rakan. -Gambar hiasan

"Mereka datang daripada keluarga susah dan kemudiannya berusaha untuk hidup senang.

"Aku berjaya skor gila-gila dalam SPM, tapi tak layak dapat biasiswa kerana pendapatan ibu bapa," luahnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Anak muda lepasan SPM ini juga mendakwa, biasiswa pendidikan hanya memfokuskan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), tanpa mengambil kira merit sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dibayar’ untuk setiap A, pelajar cemerlang SPM gembira terima ganjaran - “Ibu tunaikan janji on the spot”

ARTIKEL BERKAITAN: Siswa terdesak tiada duit nak makan, biasiswa habis dijoli kakak dan abang... Minta hulur sikit pun tak dapat!

Walhal dia juga bersusah payah dan berusaha keras untuk mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan penting itu.

"Aku pun susah payah usaha nak skor, akhirnya bukan tengok keputusan peperiksaan tapi tengok gaji ibu bapa.

"Berhenti cakap yang budak tahfiz diutamakan, sedangkan budak-budak B40 juga yang dapat," ujarnya kesal.

Adil bukan bermakna semua yang skor kena dapat tapi bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

WARGA MAYA

Dakwa remaja ini lagi, terdapat beberapa rakannya yang berjaya memperoleh kesemua A+ dalam matapelajaran turut tidak menerima sebarang tajaan biasiswa.

"Logik ke perkara ni atau memang dunia sekarang tidak adil," ajunya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasibnya, selain turut menggesa supaya terdapat ekuiti dalam pemberian biasiswa.

Netizen menjelaskan maksud keadilan yang dibangkitkannya.

Netizen menjelaskan maksud keadilan yang dibangkitkannya.

"Adil bukan bermakna semua yang skor kena dapat tapi bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

"Berilah peluang kepada yang kurang mampu, kalau anak-anak B40 tanpa bantuan kewangan, memang tipis harapan mereka untuk sambung belajar.

"Perkara mudah je, kalau budak yang mak ayahnya gaji RM2,000 sebulan boleh dapat keputusan sama macam anak keluarga bergaji RM20,000... kau boleh faham-faham sendirilah.

"Rasa bersalah diriku yang gaji dalam dolar Singapura sehingga menyebabkan anak yang dapat 9A tidak menerima sebarang tawaran daripada luar negara, tapi kalau tengok balik, akulah yang kena gali untuk menanggung pengajian tu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain