suria

“Isterinya nampak lesu” - Wanita bengang lihat lelaki tercegat tepi kereta, biar orang rumah dukung bayi bayar petrol di kaunter

Dalam rumah tangga, wanita juga perlu membantu meringankan beban suami. -Gambar hiasan AI

SUAMI dan isteri sepatutnya saling melengkapi dan membantu dalam setiap urusan harian.

Dalam perkongsian di Thread, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang selepas melihat sepasang suami isteri di sebuah stesen minyak.

Menurut individu itu, lelaki berkenaan tergamak membiarkan isterinya yang mendukung bayi berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran. 

Stesen minyak adalah kawasan larangan merokok dan pelaku boleh berdepan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

"Tadi dekat pam minyak, aku nampak ada laki ni gaya macam tunggu member dia, tapi rupanya yang pergi bayar tu bini dia dengan bawa anak yang masih baby lagi.

"Persoalan aku kat sini, apa function dia jadi suami? Tak rasa ke bodoh sebab suruh wife yang pergi bayarkan dengan bawa anak kecil?" ujarnya.

Dakwanya lagi, lelaki itu juga menghisap rokok di kawasan stesen minyak ketika menunggu isterinya membuat pembayaran.

Sepatutnya wife yang kena tunggu situ bukannya suami... isterinya nampak lesu sambil jalan.

SAKSI

"Yang kau lenggang je sambil pegang rokok, sumpah senang sangat hidup kau. Sorry aku kesian sangat tengok wife dia dan baby tadi.

"Sepatutnya wife yang kena tunggu situ bukannya kau. Isterinya nampak lesu sambil jalan tadi.

"Laki dia muka tenang sambil senyum dan hisap rokok, mata melilau tengok perempuan," tulisnya dalam perkongsian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pengotor, malas teruk! Kencing di singki dapur, pakai seluar dalam tak basuh... Isteri stres, cerai pun tak kisah

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bagi muka nikah tak minta hantaran, suami naik lemak malas kerja lepas kahwin! Isteri akhirnya tanggung keluarga

Hantaran tersebut menerima pelbagai maklum balas netizen termasuklah yang meragui kesahihannya.

"Macam pelik je cerita ni. Hisap rokok dekat pam minyak?

"Hisap rokok dekat stesen minyak. Serius la?" soal netizen.

Suami isteri perlu bertolak ansur dan saling membantu. -Gambar hiasan AI

Selain kecaman terhadap lelaki itu, segelintir individu turut bersangka baik yang mana wanita itu bertindak atas kerelaannya sendiri.

"Saya (wanita) selalu offer nak bayarkan. Sebab boleh heret anak sebab lepas bayar nak masuk beli jajan. Normal la.

"Bagi saya benda tu normal je. Tapi ada je lelaki perangai syaitan," tulis netizen lagi.

Artikel Lain