suria

Staf terkilan wang sumbangan hadiah hari jadi bos diguna beli arak harga 11K, seorang kena bayar minimum RM30

Ada sebahagian organisasi menganjurkan sambutan hari lahir setiap bulan bagi meraikan staf. -Gambar hiasan AI

SEORANG pekerja wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendapati wang sumbangannya untuk membeli hadiah hari jadi majikan digunakan untuk membeli minuman keras.

Wanita berkenaan mendakwa para pekerja diminta memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM30 seorang bagi membeli hadiah berkenaan.

Jelasnya, semua pekerja tidak dimaklumkan lebih awal bahawa hadiah yang ingin dibeli adalah arak.

Golongan kanak-kanak paling gembira menyambut hari jadi. -Gambar hiasan AISetiap orang pasti gembira jika hari jadi disambut rakan-rakan. -Gambar hiasan AI

"Hadiah hari jadi ni kepada 'big boss', kena kumpul minimum RM30 seorang.

"Hujung tengok-tengok beli hadiah hari jadi arak dengan harga RM11,000.

"Saya rasa bersalah sebab dah menyumbang," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya bos, ‘belanja’ kereta siap ada riben! Pekerja Indonesia terkejut dapat hadiah, terus peluk Proton Saga pemberian majikan

ARTIKEL BERKAITAN: Kegembiraan anak dapat hadiah robot di sekolah ‘diragut’! Nenek suruh mengalah, beri kepada sepupu mengamuk nak mainan sama

Menurutnya, walaupun pemilik syarikat bukam Muslim, majikan seharusnya lebih sensitif terhadap pekerja beragama Islam.

“Ya, memang syarikat bukan Islam. Tapi sebagai majikan, hormatilah sensitiviti pekerja Muslim juga. 

"Asasnya mereka perlu ada common sense,” katanya.

Benda melibatkan agama ni sangat sensitif.

NETIZEN

Lebih mengecewakannya, tiada perbincangan atau persetujuan awal berkenaan jenis hadiah yang bakal dibeli, malah pekerja hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat.

Dalam pada itu netizen berkata sebagai pekerja, wanita itu seharusnya bersuara kerana mungkin majikannya tidak menyedari isu berkenaan.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Cuba slow talk, cakap awak tak boleh terlibat dengan beli arak tu. Bagi cadangan suruh beli hadiah lain.

"Tahun depan cuba berkeras tak nak bayar, kecuali beli hadiah jenis lain.

"Benda melibatkan agama ni sangat sensitif. Common sense pun perlu ada," antara komen warga maya.

Artikel Lain