suria

Doktor asal Semenanjung seronok kerja di Sarawak, pesakit pemurah dan baik hati... Paling menarik dapat simpan RM2,000 sebulan!

Perkongsian pengalaman seorang doktor yang bertugas di Sarawak menarik perhatian ramai- Gambar hiasan AI

PENGALAMAN berkhidmat sebagai pegawai perubatan (MO) di Sarawak membuatkan pemuda ini mahu 'pendatang baharu' menerima dahulu tawaran penempatan yang diberikan.

Malah dakwanya, pengurusan hospital di negeri terbesar di Malaysia ini juga berbeza dengan Semenanjung kerana lebih menyenangkan.

Baginya, pesakit yang dirawat juga lebih bersopan santun dan tidak menyakitkan hati seperti yang sering disuarakan pengamal perubatan lain.

"Doktor-doktor yang dapat (penempatan) di Sarawak, jangan tolak dulu. 

Bukan mudah tugas seorang doktor kerana perlu berdepan dengan pelbagai ragam pesakit. -Gambar hiasan AI

Bukan mudah tugas seorang doktor kerana perlu berdepan dengan pelbagai ragam pesakit. -Gambar hiasan AI

"Banyak perkara yang aku suka pasal pengurusan di Sarawak, pesakit dia lain dan tidak terlalu menyakitkan hati.

"Memang ada yang jenis rasa 'entitled' tapi tak seramai di Semenanjung," ujarnya yang dipercayai beraasa dari Semenanjung menerusi hantaran di media sosial.

Menurut doktor ini lagi, perkara yang paling diingati adalah kebaikan dan sifat pemurah pesakit-pesakitnya selepas mendapatkan rawatan.

Mana tidaknya, barang keperluan dapur sentiasa 'penuh' kerana diperoleh daripada pesakit yang dirawat.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa senyum ketika diperiksa... Doktor terkedu pesakit beri klinik ‘rating’ 1 bintang, berjela komen buruk - “Saya bukan bomoh!”

"Kalau pandai sembang, duit gaji boleh simpan sebab dapat sayur percuma, durian percuma, ikan percuma... cuma ayam dan daging je mereka tak berani bagi.

"Durian tu rasanya sangat sedap dan murah, tapi selalunya dapat percuma," tambahnya lagi yang berjaya menyimpan kira-kira RM2,000 sebulan.

Bagi pemuda ini lagi, sebelum penolakan dibuat seseorang itu seharusnya mengkaji peta Sarawak terlebih dahulu.

Malah katanya, kawasan yang berada berhampiran bandaraya Kuching kebiasaannya menjadi 'rebutan' pegawai perubatan yang berada di sana.

Saya dah 11 tahun kerja di Kuching, sangat seronok, orangnya baik-baik dan saya belum rasa nak pindah.

WARGA MAYA

Namun, pihak jabatan sering menawarkan kekosongan itu kepada pegawai lantikan baharu.

"Jangan takut kalau area dekat dengan Kuching, terima dulu. Sebenarnya semua MO daerah nak ke tempat tu tapi mereka akan bagi keutamaan kepada yang baru.

"Mall pun macam-macam ada, makanan memang sedap-sedap.

"Jadi, janganlah tolak kalau dapat Sarawak sebab ia memang destinasi menarik," tambahnya.

Warga maya turut memuji masyarakat Sarawak.

Warga maya turut memuji masyarakat Sarawak.

Menerusi hantaran terkini, dia juga menyatakan mereka yang bertugas di Sarawak berpeluang memperoleh cuti panjang sehingga tempoh dua minggu.

"Cuti raya tak berebut, setahun sekali dapat penerbangan percuma.

"Bil elektrik pun murah, banyak gila aku simpan duit kat sana," ujarnya yang menyelar segelintir individu menggunakan perkataan 'dicampak' apabila ditempatkan di negeri Borneo.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dengan perkongsian pengalamannya.

Ada juga pelayar dalam sektor lain turut berkongsi pengalaman sama dan memuji kebaikan rakyat Sarawak.

"Kembar saya pun dah sembilan tahun di Samarahan, bezanya dia dalam bidang pendidikan. Tak nak minta pindah sebab seronok, hujung minggu boleh pergi mendaki.

"Saya dah 11 tahun kerja di Kuching, sangat seronok, orangnya baik-baik dan saya belum rasa nak pindah.

"Kami orang Sarawak mengalu-alukan kedatangan dengan besar hati. Anda akan berasa seperti di rumah," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain