KEADAAN ekonomi tidak stabil masa kini membuatkan ramai yang sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi kelangsungan hidup.
Berkongsi kisah di media sosial, seorang pengguna tampil mendedahkan sikap seorang pekerja kurier yang ingin mencari rezeki tetapi enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) syarikat yang memerlukan mereka menghantar barangan ke pintu rumah pelanggan.
Sebaliknya, pekerja wanita itu cuba menjadikan kehamilannya sebagai alasan untuk meraih simpati serta sambil lewa dalam menjalankan tugas.
Ramai wanita mengandung bekerja sebagai pekerja kurier. -Gambar hiasan AI
"Ada rider ni telefon suruh turun ambil parcel, padahal rumah aku ada lif tu. Aku pun cakaplah elok-elok, saya tak boleh turun sebab ada baby enam bulan.
"Tau tak dia cakap apa? Oh saya pun mengandung, ada baby juga.
"Tak kisahlah kau mengandung ke apa, kalau kau rasa tak larat nak kerja tak payah menyusahkan orang. Bagi je job tu dekat orang lain.
"Dah tau mengandung, kenapa ambil kerja hantar barang parcel?" luahnya geram.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pagar tertutup rapi, pekerja kurier campak televisyen pelanggan
ARTIKEL BERKAITAN: 7 pekerja syarikat kurier ditahan curi bungkusan pelanggan, kerugian lebih RM20,000
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan dan menganggap memberi alasan hamil sebagai tidak wajar sama sekali.
"Saya mengandung pun boleh naik je tingkat atas, siap guna tangga lagi bila customer request.
"Sendiri rasa nak kerja, kenalah bertanggungjawab.
"Patutnya cakap je dengan dia, perempuan mengandung kena banyakkan berjalan bagi mudah bersalin.
"Kalau delivery tu perempuan memang banyak songeh. Pernah sekali hantar barang salah rumah, boleh dia suruh kita pergi cari sendiri sebab dia dah ambil gambar. Dia ingat explorace ke?" antara komen netizen.
"Nak duit lebih ambil parcel berat, tapi buat kerja separuh jalan."
netizen
Dalam pada itu ada juga netizen berkongsi pengalaman dengan menyatakan bukan hanya wanita hamil sering meraih simpati orang sekeliling.
Menurut mereka, golongan yang sihat juga akan memberikan banyak alasan jika wujud sikap malas dan tidak bertanggungjawab dalam diri mereka.
Justeru adalah tidak wajar untuk bersikap 'pukul rata' dengan melabelkan wanita mengandung suka menagih simpati menggunakan keadaan fizikal mereka.
Reaksi netizen
"Bukan setakat yang mengandung je, tak mengandung pun sama buat perangai.
"Saya terkena dengan pak cik tua, 'kononnya' ada sakit kaki la.
"Masalahnya rumah parents saya tu cuma ada orang tua yang uzur, tak kan nak suruh parents kita pula yang turun."
"Beli barang online, senang tak payah nak angkut naik. Sudahnya kena ambil sendiri pula dekat bawah.
"Nak duit lebih ambil parcel berat, tapi buat kerja separuh jalan," demikian perkongsian warga maya.