suria

Peniaga online tak suka diganggu ketika sesi 'live'... Pernah buat tetamu 'sentap', balik belum sempat masuk rumah

Ada sesetengah penjual malu bersiaran langsung jika diperhatikan orang lain. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang bekerja dari rumah (WFH) dan berniaga secara siaran langsung meluahkan rasa kecewa apabila menerima kunjungan mengejut daripada ahli keluarga serta rakan.

Wanita itu memaklumkan dia berasa amat terganggu dan hilang fokus ketika sedang bersiaran langsung mempromosikan produk bagi pihak penjual.

Jelasnya, dia bukanlah menolak kehadiran tetamu namun mengharapkan mereka memaklumkan lebih awal untuk datang ke rumahnya.

Wanita yang bekerja dari rumah juga terikat dengan menjaga anak serta mengemas rumah. -Gambar hiasan.Wanita yang bekerja dari rumah juga terikat dengan tugas menjaga anak serta mengemas rumah. -Gambar hiasan.

“Walaupun duduk di rumah, aku bukan jenis yang bersedia untuk terima tetamu tanpa diberitahu lebih awal. Tak kira siapa pun.

"Hari tu dah kena sekali tengah live, tiba-tiba ada yang sampai depan rumah,” kongsinya di media sosial.

Menurut wanita itu, dia cuba bersikap profesional dengan menjemput tetamu masuk, namun hilang semangat dan tenaga untuk bersiaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu korban karier demi jaga anak, kini rasa nak 'gila' duduk rumah! Wanita pernah bekerja 'rindu' masuk ofis tapi majikan sukar terima

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah dedah 'rahsia' zaman kanak-kanak... Cemburu tengok rakan cantik, terurus dijaga ibu tak bekerja

Insiden sama berulang lagi keesokan harinya apabila seorang lagi tetamu hadir tanpa memberi sebarang pemakluman.

"Sampai depan rumah tak beritahu. Kita tengah live nak layan tetamu lagi. Aku buka pintu sikit nak ajak masuk dalam keadaan kalut.

"Kebetulan grill buat hal tak boleh buka dan aku dah sambung live. Lepas tu aku tengok yang datang tu dah start kereta dan terus balik.

"Lepas live aku terus call dan WhatsApp. Tapi tak berjawab. Salah aku ke?" katanya.  

Jangan kata yang kerja dari rumah tak sudi, suri rumah pun tak nak orang datang rumah secara mengejut.

NETIZEN

Dia menjelaskan bahawa, kenalan atau ahli keluarga sepatutnya maklum dengan rutin kerjanya dan keperluan untuk tidak diganggu sewaktu bersiaran langsung. 

"Sebelum ini aku pernah kerja buat kek dari rumah dan sudah biasa dengan tanggapan bahawa bekerja dari rumah bermaksud tak sibuk.

"Orang ingat duduk rumah tak ada kerja, tapi kerja rumah ni tak pernah habis. Lagi-lagi kalau tengah live, memang rasa tak best diganggu, sebab sebenarnya malu,” katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Perkara itu diakui warga maya yang turut bekerja dari rumah yang memaklumkan ada pihak yang terasa hati apabila tidak dilayan dengan sebaiknya ketika datang semasa mereka sedang bekerja.

"Ramai tak faham tapi sedap cakap kita sentiasa ada rumah dan tak salah untuk mereka datang bila-bila masa.

"Masalahnya kita duduk rumah bekerja, bukan duduk saja, tak kan tetamu datang nak ajak duduk dapur sekali. Payah la orang tak faham.

"Jangan kata kerja dari rumah tak sudi, suri rumah pun tak sudi orang datang rumah secara mengejut. Dengan anak kecil suka buat rumah sepah, kita nak tetamu datang biar rumah bersih," antara komen warga maya. 

Artikel Lain