suria

Murid darjah 4 'sumbat' ibu dalam lokap... Pandai reka cerita diri didera ibu, ustazah percaya bulat-bulat

Kanak-kanak mudah berasa cemburu apabila melihat ibunya bersama adik-beradik yang lain. -Gambar hiasan AI

MALANG bagi seorang ibu apabila terpaksa bermalam di lokap selepas dianiaya anak kandung sendiri.

Begitulah situasi dialami seorang wanita berusia 33 tahun selepas dia didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap anak perempuannya yang baru berumur 10 tahun.

Kisahnya itu diceritakan semula oleh seorang pengguna media sosial supaya dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

"Dia dikenali sebagai Ira, masuk lokap pada pukul 12 malam semalam (malam Rabu) selepas polis datang ambil di rumah.

Seorang ibu akan memastikan kebajikan anaknya terjaga. -Gambar hiasan AI

Seorang ibu akan memastikan kebajikan anaknya terjaga. -Gambar hiasan AI

"Polis cakap ada kes dera dan laporan dibuat oleh seorang ustazah kepada anak perempuan dia (Ira) yang baru darjah empat.

"Budak tu cakap yang dia tak masuk sekolah disebabkan telah didera ibu," ujarnya berkongsi cerita.

Bimbang memikirkan keadaan anak muridnya itu, ustazah berkenaan terus membuat laporan polis dengan menyatakan terdapat kes penderaan terhadap muridnya.

Pada awalnya, polis meminta supaya masalah tersebut dibincang terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyampah guru asyik ‘arah’ ibu bapa bantu ajar anak di rumah, zaman dulu tak pula mak ayah disuruh campur tangan!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami 'lari' ke rumah ibu sebab pilih syurga, tinggal anak bini terkontang-kanting - “Dalam tak sedar dia 'dikejar' neraka”

"Selepas berbincang, budak perempuan tu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut berkaitan penderaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, badannya tidak mempunyai sebarang luka atau lebam mahupun kesan penderaan lampau," tambahnya lagi.

Laporan perubatan yang 'bersih' itu membuatkan ibunya bersuara dan menafikan dakwaan yang dibuat si anak.

Malah katanya, dia tidak pernah menyakiti anak perempuannya itu.

Boleh tak masukkan budak tu ke dalam lokap untuk pengajaran, baru dia sedar dek untung.

WARGA MAYA

"Rupanya budak tu sengaja mereka cerita kerana nak bebas daripada ibu dia, jadi dia tipu ustazah pasal didera.

"Hari yang dia tak hadir ke sekolah, rupanya dia larikan diri... van sekolah hantar tapi dia tak masuk pun.

"Ira pun cakap pada polis yang dia ada bukti van sekolah hantar sampai depan pagar," ujar wanita ini yang bersimpati dengan nasib Ira, ibu kepada lapan cahaya mata.

Lebih menambah rasa sedih apabila Ira mempunyai seorang anak kecil yang masih menyusu ibu.

Netizen meninggal reaksi kurang senang berhubung sikap budak perempuan terbabit.

Netizen meninggal reaksi kurang senang dengan sikap budak perempuan terbabit.

Penahanan tersebut membuatkan bayinya itu tidak dapat menyusu selama tempoh 24 jam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib Ira yang menjadi mangsa fitnah anaknya sendiri.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan melulu ustazah membuat laporan polis tanpa mendapatkan perincian yang sebenar.

"Sebab ramai sangat anak, budak tu rasa terabai... mesti rapat-rapat semua adik beradik tu.

"Boleh tak masukkan budak tu ke dalam lokap untuk pengajaran, baru dia sedar dek untung.

"Ustazah tu kenapa tak rujuk guru besar dulu, main buat tindakan sendiri," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain