SIAPA yang tidak sedih apabila momen ketika hari bahagia yang berlangsung sekali seumur hidup akhirnya hanya tinggal kenangan dalam ingatan gara-gara situasi yang tidak dijangka.
Itulah yang dialami seorang wanita apabila foto-foto yang dirakamkan ketika majlis perkahwinannya hilang begitu sahaja disebabkan masalah teknikal.
"Apa perasaan hampa (anda) kalau photographer send gambar kahwin guna Google Drive, tapi end up link tu tak boleh buka. Last-last semua gambar hilang sebab link tu corrupt (rosak)?
"Lagi sedih bila photographer macam lepas tangan saja. Bayar bukan sikit, moment pun sekali seumur hidup. Frust betul," luahnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Sudah menjadi trend ketika ini untuk mengupah jurufoto dan juruvideo ketika majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI
Mengimbas kembali insiden yang berlaku kira-kira empat tahun lalu itu, wanita berkenaan berkata jurufoto tersebut menghantar pautan (link) yang mengandungi kesemua gambar pada malam majlis perkahwinannya.
Bagaimanapun disebabkan sibuk sebagai raja sehari, wanita itu berkata dia tidak berkesempatan untuk memuat turun (download) gambar-gambar daripada pautan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai jaga anak di majlis kahwin, pemuda ‘terpaling jurufoto’ saran mak ayah pakai kondom - “Geram kacau aku shoot”
ARTIKEL BERKAITAN: Sedang ambil gambar raja sehari, jurufoto dan 'team' kena 'angkut' ke balai! Famili pengantin tuduh mencuri di majlis kahwin
"Malam tu still boleh masuk (pautan) kemudian saya decided untuk muat turun semua gambar selepas pulang dari honeymoon.
"Dua minggu selepas kenduri saya tekan link untuk muat turun tapi pautan unavailable. Silap saya juga senyap macam tu saja sebab busy kerja.
"Tiga bulan selepas itu saya ada WhatsApp jurufoto tanya kalau dia masih simpan gambar kami. Saya minta save dalam pendrive dan offer untuk bayar pendrive. Jurufoto okay saja tapi diam membisu," ujarnya lagi.
Boleh je minta semula, jika jurufoto senyap try push, jika memang jurufoto tak simpan atau padam, reda je la.
NETIZEN
Mengakui insiden berkenaan sedikit sebanyak berpunca daripada kesilapan sendiri, namun wanita tersebut berpendapat jurufoto yang diupahnya juga melakukan kesilapan dan tidak bertindak profesional.
"Bila saya chat tanya, kata saya 'merentan' pula kan. Zero effort nak fix benda ni, siap salahkan satu pihak saja iaitu wedding planner.
"Wedding saya all-in, semua wedding planner yang uruskan termasuk jurufoto," ceritanya sambil menambah, jurufoto tersebut turut tidak memberitahu berapa lama pautan gambar perkahwinan boleh diakses.
"Berdosa ke kalau saya tak mahu halalkan duit yang saya bayar tu? Sebab jujurnya, dia dah cross my limit. Rasa sedih, menyesal semua ada. Ia adalah detik sekali untuk seumur hidup kot," luahnya lagi.
Warga maya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian wanita berkenaan.
Di ruangan komen, warga maya tampil memberi pelbagai reaksi, dengan ada yang menyifatkan insiden berkenaan berpunca daripada kecuaian wanita itu sendiri.
Namun ada segelintir yang tampil mempertahankan dirinya dan berpendapat jurufoto berkenaan langsung tidak profesional.
"Saya rasa dalam kes ni kena baca terma dan syarat photographer tu berapa lama availability link Google Drive tu. Jadi kalau awak tak download dalam masa yang diberi, tak boleh nak salahkan photographer.
"Mengarut betullah geng photographer yang backup jurufoto tu. At least bagilah tiga bulan client download gambar dia.
"Boleh je minta semula, jika jurufoto senyap try push, jika memang jurufoto tak simpan atau padam, reda je la," antara komen netizen.