suria

Rider cari fasal, ‘hukum’ pelanggan warga emas... Bengang ditegur hantar parcel pada waktu solat

Kebanyakan pelanggan terutama warga emas lebih gemar memilih kaedah penghantaran barang secara COD. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja yang membuat pembelian barang secara dalam talian pasti tidak sabar menanti item berkenaan dihantar ke rumah.

Namun bagi seorang warga emas, barang yang dipesannya tidak kunjung tiba dan dia mendakwa ia 'diperam' oleh pekerja sebuah syarikat kurier. 

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, anak kepada warga emas tersebut berkata dia percaya masalah itu berlaku gara-gara bapanya menegur seorang pekerja penghantaran.

Kewujudan platform membeli belah secara dalam talian memudahkan orang ramai membuat pembelian. -Gambar hiasan

"Hari ni abah complaint barang-barang dia order daripada TikTok, Shopee semua tak delivered ke rumah. Beberapa hari lepas abah ada cerita, abah tegur sorang runner **** ni hantar parcel waktu Maghrib ke Isyak. Tegur secara baiklah. 

"Abah keluar dan ambik juga parcel sebab parcel by COD (bayar sewaktu penghantaran). 

"Kenapa hantar masa waktu solat. Saya tunggu dari pukul 2 petang lepas awak WhatsApp tu, tak sampai-sampai. Waktu solat ni kadang tak dengar call. Lepas ni jangan hantar within waktu solat," dia mengimbas semula kata-kata teguran bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier hantar parcel separuh jalan, beri alasan hamil tak larat naik lif... Pelanggan bengang, suruh cari kerja lain

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kurier silap hantar parcel, set kamera sampai ke tangan orang lain! Penerima pula sukar dijejak - “Kau dapat barang salah, tapi kau diam?”

Menurut wanita berkenaan, bapanya memberitahu bahawa pekerja tersebut kemudian memberikan jawapan yang tidak disangka-sangka selepas ditegur. 

"Guess mamat runner ni reply apa dekat abah saya? Dia kata lepas ni beli barang jangan guna service **** lagi.

"Abah saya tak diam, dia balas syarikat **** bukan awak punya. Awak kerja cari rezeki halal dekat situ. Jadi, buatlah servis terbaik untuk kepuasan semua pelanggan," kongsinya lagi. 

Dia memang saja 'peram' barang abah sampai tiga kali delivery unsuccesful, kemudian item akan dihantar semula kepada penjual.

NETIZEN

Apa yang mengejutkan, selepas insiden teguran berkenaan, semua barangan yang dipesan bapanya menerusi kaedah COD tidak dihantar ke rumah.

Bagaimanapun ujar wanita tersebut, barangan lain yang dipesan olehnya dan ahli keluarga lain menerusi kaedah pembayaran dalam talian (online) dihantar seperti biasa.

"Bila check barang yang abah order dekat apps tu, contoh pukul 7.26 malam (out for delivery), lepas tu pukul 7.31 malam (delivery unsucessful). 

"Bila check CCTV semua, tak ada orang datang pun dalam waktu tu tapi dalam sistem cakap buyer refuse to pay (pembeli enggan bayar). Amboi, amboi. 

"Dia memang saja 'peram' barang abah sampai tiga kali delivery unsuccesful, kemudian item akan dihantar semula kepada penjual," tulisnya.

Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan. 

Tidak berpuas hati dengan situasi yang menimpa bapanya, wanita itu  mahu membuat laporan kepada pihak atasan syarikat kurier berkenaan namun bapanya enggan memanjangkan cerita. 

"Nak report nanti dia (pekerja) kena buang kerja. Saya dah WhatsApp runner yang hantar barang saya tadi. Tapi dia palau je. 

"Patutkah saya report je? Takkan lepas ni semua barang abah saya dia reject and tak nak hantar. Jadi beritahu apa yang saya nak buat?" tulisnya lagi. 

Luahan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya namun rata-rata berpendapat bapa wanita berkenaan sewajarnya memahami dan memudahkan tugas pekerja kurier.  

Artikel Lain