PAHIT untuk ditelan namun itulah hakikat yang perlu diterima oleh wanita ini apabila mengetahui sahabat karibnya dijemput Ilahi.
Apa yang lebih memeritkan, perkhabaran mengenai kematian sahabat karibnya itu hanya diketahui selepas individu berkenaan menghembuskan nafas terakhir, setelah beberapa hari terlantar di hospital.
"BFF aku yang dah berkawan 43 tahun meninggal dunia kelmarin. Dan aku langsung tak tahu dia nazak dekat hospital sebab dia pesan dekat kawan-kawan aku yang lain, jangan beritahu aku.
"Sampai hati sungguh tak beritahu aku, alasan nak jaga amanah," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. -Gambar hiasan
Menurut wanita berkenaan, dia mengakui terlalu terkilan kerana seolah-olah dipinggirkan sedangkan dia merupakan antara rakan paling rapat dengan arwah.
Mengenali satu sama lain sejak sekolah rendah hingga menengah, hubungannya mereka semakin akrab selepas dia menawarkan pekerjaan setelah suami sahabatnya itu meninggal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berwajah ‘awam’ sentap kawan cantik berangan ‘influencer’... Tak pernah ‘repost’ gambar, jika ada pun muka ditutup emoji
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu masa TTC bukan main akrab, selalu luah perasaan... Dah ada 4 anak wanita terus tak balas mesej sahabat, hamil pun nak sorok
"Masa arwah masih hidup, dua hingga tiga hari dirawat di hospital tu mereka (rakan-rakan lain) dapat je tengok arwah... dan aku? Hanya tahu berita kematian.
"Itu pun sebab mereka post dekat grup. Langsung tak call atau WhatsApp personal aku.
"Aku sangat terkesan. Aku simpan rasa terkilan aku sampai mati pula... kejam ke tak korang rasa?" luahnya.
Mungkin kamu sangat istimewa kepada arwah, sis. Arwah tak mahu kamu bersedih.
NETIZEN
Biarpun terkilan bercampur kecewa, wanita itu berkata dia memilih untuk bersangka baik dan menganggap sahabat baiknya itu bertindak sedemikian kerana enggan membuatkan dirinya sedih dan susah hati.
"Selama 43 tahun kami berkawan, setiap hari jumpa. Tapi dia tiba-tiba silent, bagitahu dia tak sihat je. Saya nak jumpa, dia kata dia nak rest dulu.
"End up dia bagitahu keadaan (kesihatan) dia dekat orang lain, bukan saya. Orang lain tu pula terus simpan rahsia sampailah dia tak ada," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih dan memahami situasi yang sedang dilalui wanita berkenaan.
Antara reaksi warga maya.
Ada yang merasakan tindakan menyembunyikan perkara sebesar itu daripada sahabat karib adalah satu keputusan yang berat dan menyakitkan.
"Faham sangat rasa terkilan tu... apa-apa pun sentiasa doakan untuk arwah ye.
"Mungkin kamu sangat istimewa kepada arwah, sis. Arwah tak mahu kamu bersedih.
"Saya pun baru je rasa macam tu. Sumpah terkilan tak sempat pun nak jumpa, ucap terima kasih serta mohon maaf kepada arwah. Tapi saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya," antara komen netizen.