suria

Adik gaji ‘basic’ tak sampai RM2,000 sibuk nak kahwin! Kakak geram ibu tak bantah, siap suruh ‘sponsor’ duit hantaran

Keputusan besar seperti ingin melangsungkan perkahwinan ada kalanya mengundang konflik dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

PERKAHWINAN merupakan satu komitmen besar yang memerlukan persediaan rapi, bukan sahaja dari segi emosi dan mental, tetapi juga aspek kewangan. 

Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi rasa kecewa dan tertekan apabila adik lelakinya yang masih belum cukup stabil dari segi kewangan menyatakan hasrat untuk berkahwin. 

Wang hantaran sudah menjadi seperti perkara 'wajib' dalam sesebuah perkahwinan masyarakat Melayu. -Gambar hiasan AI

"Aku sebagai kakak tengah pening nak setuju adik lelaki aku umur 25 tahun kahwin.

"Adik aku 'basic' pun bawah RM2,000 lagi. Sekarang hidup dengan 'family', aku bayar semua komitmen. Boleh pula adik kata nak kahwin," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di akaun X @meinmokhtar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30-an, lelaki bujang cari jodoh terus tanya nilai hantaran... Cantik, cinta 'jatuh' perkara nombor dua

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bagi muka nikah tak minta hantaran, suami naik lemak malas kerja lepas kahwin! Isteri akhirnya tanggung keluarga

Lebih mengecewakan, ujar wanita tersebut, ibunya pula tidak membantah sebaliknya meminta pertolongannya sebagai kakak untuk membantu menanggung kos hantaran si adik.

"Mak aku pula lagilah, suruh aku 'sponsor' sikit hantaran untuk adik? Aku kakak yang umur 30 tahun pun tak kahwin-kahwin lagi. Kau rasa?" luahnya lagi. 

Biar je dia kahwin. Tapi duit semua suruh dia fikir sendiri.

NETIZEN

Bukan cemburu ataupun tidak gembira dengan keputusan adik lelakinya mahu mendirikan masjid, namun dia kurang bersetuju apabila soal perkahwinan seolah-olah diambil ringan sedangkan ia merupakan keputusan yang besar kerana melibatkan tanggungjawab.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju bahawa perkahwinan tidak seharusnya menjadi satu keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa, lebih-lebih lagi apabila pihak yang ingin berkahwin masih belum mampu berdikari dari segi kewangan.

Reaksi netizen terhadap luahan wanita berkenaan.

Mereka turut menyarankan supaya wanita berkenaan menasihati adiknya, selain bersikap tegas apabila berdepan dengan permintaan yang tidak wajar daripada ahli keluarga.

"Cakap dekat mak. Kalau nak kahwin pun kena 'sponsor', mampu ke nak bela anak orang?

"Masalahnya bukan adik tu. Tapi mak tu yang tak habis-habis nak 'pamper' anak lelaki siap suruh kakak 'sponsor'.

"Biar je dia kahwin. Tapi duit semua suruh dia fikir sendiri," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain