SEORANG suami kecewa selepas isterinya 'kantoi' menjalin hubungan dengan lelaki lain yang dikenali melalui permainan dalam talian, Mobile Legends.
Menurutnya, hubungan itu berlaku di saat dia memberikan sepenuh perhatian dan tanggungjawab sepanjang perkahwinan mereka.
Lebih pedih, isterinya turut memanggil lelaki itu dengan panggilan 'sayang'.
Suami isteri perlu saling bekerjasama dalam menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Bini aku kantoi (curang). Puncanya main game Mobile Legends je. Aku tergerak hati nak tengok telefon dia, sekali buka selamba je lelaki tu bermesra dengan isteri aku.
"Isteri aku pun layan. Apa punya taste pun aku tak tahu. Alasannya sebab lelaki tu caring dalam game," kongsinya di media sosial.
Selepas disiasat, dia mendapati lelaki itu adalah seorang penganggur yang pernah bekerja di kilang.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tikam rakan guna pisau, tak puas hati WiFi lembab ketika main 'Mobile Legend'
ARTIKEL BERKAITAN: Pemalas, main 'game' je lebih! Wanita menyesal kahwin lelaki muda - “Gen Z memang macam ni ke?”
Lelaki itu mendakwa, dia tidak pernah mensiakan-siakan isterinya dengan bekerja keras dari pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.
"Nafkah tak pernah miss. Segala make up, foundation semua aku bagi cukup lengkap. Wife aku kerja minta duit je.
"Dah kantoi tetap juga main game. Padahal aku dah delete semua benda, nak perhatian 24 jam kot," katanya.
- Suami kecewa isteri curang dengan lelaki dikenali dari Mobile Legends.
- Isteri terpikat kerana lelaki itu ‘caring’ dalam game.
- Suami kerja keras, beri nafkah penuh tapi masih dikhianati.
- Hubungan makin renggang, suami bertahan demi anak.
- Netizen nasihat suami lebih tegas agar tak terus dipermainkan.
Dia mengakui ketika ini hanya bertahan demi anak kecil mereka dan pada masa yang sama turut menyatakan hubungannya dengan isteri semakin renggang.
"Serius cakap, aku tengok dia pun dah tak ada hati. Apabila anak dah besar atau aku jumpa orang yang tahu hargai aku, memang aku akan pergi," katanya.
Reaksi netizen
Netizen dalam pada itu menasihati lelaki berkenaan untuk bertegas dengan isterinya untuk mengelak wanita itu daripada terus hanyut.
"Kena tegas dan keras sikit bang. Baik sangat memang kena la, cegah sebelum parah sebab perempuan ni suka sangat play victim.
"Ingat tak dulu viral sebab main game sama-sama bini lari ikut laki dalam game tu. Benda macam ni dah banyak kali berlaku," katanya.