suria

Lelaki terkejut, pembuli zaman belajar kini sibuk cari sekolah 'bebas buli' untuk anak - “Suami kau ni bapa segala setan”

Mangsa buli cenderung mengalami trauma sehingga dewasa. -Gambar hiasan AI

MANGSA buli pastinya mengalami trauma yang berpanjangan.

Seperti mana lelaki ini, dia mengaku insiden buli yang dialami semasa zaman sekolah terus menghantui dirinya sehingga kini.

Berkongsi pengalaman, Muhamad Amir Hakim berkata trauma yang dialami itu menjadi lebih 'segar' selepas dia melihat wajah individu yang pernah membulinya.

Kejadian buli sering berlaku di sekolah berasrama. -Gambar hiasan AI

Kejadian buli sering berlaku di sekolah biasa dan berasrama. -Gambar hiasan AI

"Minggu lepas ada terjumpa (posting media sosial) parents tanya sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) yang sesuai untuk anaknya.

"Mereka fokuskan yang tiada kes buli," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Posting yang menarik perhatian itu membuatkan dia membaca setiap komen yang ditinggalkan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut mak ayah susah hati, pelajar sekolah agama tutup mulut jadi mangsa buli... Ustazah pula tak berani bertindak risau diviralkan

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam membara! Mangsa dakwa buli di asrama jadi budaya, guru dan warden pun tak boleh harap - “Taufiq nama dia”

Tambahan pula ramai tampil memberi pandangan dan cadangan berhubung pertanyaan yang diajukan.

Namun, terpampang sesuatu yang amat mengejutkan apabila dia ‘terklik’ gambar profil wanita yang bertanyakan pandangan tentang sekolah 'bebas pembuli' itu.

Menurutnya, wanita berkenaan adalah isteri kepada bekas pembuli di zaman persekolahannya.

  • Seorang lelaki trauma dibuli masa sekolah sehingga ke hari ini.
  • Trauma tercetus semula bila dia ternampak profil isteri bekas pembuli tanya tentang 'sekolah bebas buli' untuk anak, di media sosial
  • Dia kongsi pengalaman dibuli termasuk disuruh buat kerja peribadi dan dipaksa beri duit.
  • Netizen turut kongsi pengalaman dan luah rasa sakit hati serta trauma lama yang masih belum hilang.
  • Isu ini cetus perbincangan tentang kesan buli jangka panjang dan doa mangsa terhadap pembuli.

“Gambar dia satu keluarga dan suami dia... dalam hati aku, suami kau ni bapa segala setan masa sekolah dulu,” tulisnya.

Pada masa sama dia turut menyenaraikan tindakan-tindakan buli yang didakwa dilakukan oleh suami kepada wanita berkenaan.

"Basuh baju suruh orang, makan suruh orang hantar, duit orang kau 'paw' sampai mi segera pun suruh orang buat," kongsinya lagi.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Dia turut mengajukan soalan sekiranya ada mangsa buli yang pernah terjumpa semula pembuli mereka ketika zaman sekolah.

Apa yang dialaminya itu ternyata membangkitkan semula trauma lama, membuatkan dia mengaku dirinya masih fobia sehingga ke tua.

Situasi itu mencetuskan perbincangan tentang kesan buli yang kekal dalam ingatan mangsa walaupun telah berlalu bertahun-tahun.

"Saya pernah doakan pembuli saya waktu sekolah dulu tak 'membiak', ada lagi doa-doa lain, dia tak buli fizikal tapi burukkan dan fitnah saya pada orang lain.

"Tunggu je, semoga pembuli-pembuli ini mandul atau hadap la doa orang teraniaya.

"Pembuli aku sekarang ni bekerja sebagai guru sekolah rendah, kelakar rasa," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain