SEORANG wanita yang sedang tidur tidak puas hati apabila dikejutkan oleh petugas hospital, meminta dia memulangkan kerusi malas yang sedang digunakan.
Wanita itu marah kerana tidurnya terganggu selepas penat semalaman menjaga ahli keluarga di wad.
Dia turut mempersoalkan tindakan petugas hospital yang dianggap mengejutkan dirinya dari tidur terlalu awal sedangkan hari masa belum siang.
Waris seharusnya faham staf hospital sentiasa sibuk tak kira siang atau malam. -Gambar hiasan AI
"Kerusi malas hospital untuk waris tu memang setiap hari pagi-pagi buta matahari tak muncul lagi kena pulangkan ke dekat stor hospital?
"Faham tak aku tengah sedap tidur, dia tepuk-tepuk sambil membebel. S**l betul pepagi rosak mood," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa caj murah hospital 'gomen' punca asnaf beranak ramai, rakyat abai kesihatan! Lepas tu rayu bantuan sara hidup
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tiada empati bengang janda suami telefon pukul 4 pagi beritahu anak masuk hospital - “Tak ada masa lain nak call?”
Bagaimanapun, luahan wanita itu mengundang kecaman apabila seorang lelaki tampil menyelar sikapnya.
Menurut lelaki itu, peraturan hospital menetapkan kerusi perlu dikembalikan ke stor sebelum pukul 7 pagi bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemeriksaan pesakit dijalankan dengan lancar.
- Seorang waris marah kerana dikejutkan awal pagi oleh petugas hospital untuk pulangkan kerusi malas.
- Luahannya di media sosial dikecam kerana dianggap penting diri dan tak faham prosedur hospital.
- Kerusi malas perlu dikembalikan sebelum jam 7 pagi bagi memudahkan tugas jururawat dan doktor.
- Netizen tegur waris yang anggap hospital seperti hotel dan mahu layanan baik.
- Dia mengingatkan agar waris patuhi peraturan dan hormati petugas demi kelancaran urusan pesakit.
"Kalau tak nak dikejutkan awal pagi, bawa sendiri kerusi malas dari rumah.
"Jangan sebab nak selesa tidur, menyusahkan tugas jururawat dan doktor yang nak tukar cadar, periksa tekanan darah dan sebagainya," katanya.
Tambahnya lagi, penjaga pesakit seharusnya sedar bahawa hospital bukan hotel dan mereka perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Reaksi netizen
"Jangan kerana nak enak kau rosakkan urusan orang lain. Itu belum lagi kalau doktor datang tengok kau 'free hair' lagi malu.
"Kira bagus la mereka kejutkan awal-awal sebelum bukan muhrim datang buat check," katanya.
Dia menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai tidak peka dan pentingkan diri, sedangkan hospital sudah pun memberi kelonggaran kepada waris untuk menemani pesakit.
“Dia ingat hospital tu hotel ke? Semua nak ikut waktu tidur dia? Patut bersyukur dapat temankan ahli keluarga,” katanya.