MENJAGA bayi bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi jika bukan anak sendiri.
Justeru, tidak hairanlah jika pekerja di pusat-pusat penjagaan turut berdepan pelbagai cabaran dalam menguruskan anak-anak jagaan mereka setiap hari.
Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah tentang dirinya yang secara tidak sengaja menyebabkan seorang bayi terkena air panas.
Tak semua orang mempunyai kesabaran untuk menguruskan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
"Masa jaga baby dekat taska dulu kan, pernah tertuang air panas dekat tangan baby. Masa nak buat susu, dia menangis kuat.
"Kita ni tak sampai hati nak biar dia menangis lama. Dukung la dia sambil bancuh susu. Tangan dia laju pula nak mencapai, terkena air panas tu.
"Punyalah panik waktu tu. Alhamdulillah tu air suam je, tapi merah la tangan lembut baby tu. Nangis ya kita waktu tu," tulisnya.
- Wanita kongsi insiden tertumpah air panas pada bayi.
- Kejadian berlaku semasa dia bancuh susu sambil dukung bayi.
- Dia jujur beritahu ibu bayi dan minta maaf.
- Ketika itu usianya 19 tahun dan anggap ia satu pengajaran.
- Netizen puji sikap jujurnya.
Menurut wanita itu, dia tidak menyembunyikan kejadian itu, sebaliknya memilih untuk jujur dan memohon maaf kepada ibu bayi tersebut.
"Masa mak dia ambil, kita menghadap ceritakan apa terjadi. Minta maaf banyak kali. Bukan sebab takut mak dia marah, tapi rasa bersalah.
"Mak dia risau masa belek tangan anak. Mak dia kata okay tak apa, harap jangan jadi lagi," ujarnya sambil menambah kejadian berlaku kira-kira 12 tahun lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat cuti panjang, mak ayah bengang taska tutup seminggu... Tak ada siapa nak jaga anak
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat kira-kira kos bulanan, anggap mak ayah hantar anak ke taska orang berada!
Menurut wanita itu lagi, dia baru sahaja berusia 19 tahun ketika bekerja di pusat jagaan berkenaan.
"Satu pengajaran untuk kita, jangan pegang bayi sambil bancuh susu. Kerja taska memang sayang baby. Sekarang baby tu dah sekolah, kita masih contact dia," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, netizen memuji sikap jujur wanita itu yang berani mengakui kesilapannya.
Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. -Gambar hiasan AI
"Bagus sebab jujur. Tak apa kalau kena marah. Anggap pengajaran untuk masa akan datang.
"Saya (ibu bapa) pun lebih suka kalau penjaga beritahu anak jatuh atau luka.
"Lebih baik jujur daripada anak tiba-tiba lebam sana sini tanpa beritahu apa terjadi," antara komen netizen.