SEORANG lelaki menarik perhatian ramai apabila dia buat pertama kali menyertai kelas seni mempertahankan diri, Muay Thai.
Lelaki tersebut memberikan alasan berbeza berbanding individu lain yang kebanyakannya menyertai kelas itu untuk mempertahankan diri.
Menerusi perkongsian seorang ahli Muay Thai, lelaki itu memberitahu jurulatih bahawa tujuan dia menyertai kelas itu kerana dirinya hampir dipukul oleh perokok.
Merokok boleh menjejaskan kesihatan. -Gambar hiasan
"Jawapan abang ni unik, sebab dia nak kena pukul dengan perokok.
"Puncanya dia tegur sekumpulan rider tengah merokok di kedai makan dan dia dengan keluarga tengah makan kat situ.
"Dia dah tegur dengan baik tapi kena marah dengan salah seorang rider yang suruh dia 'blah' kalau tak suka," kongsinya
ARTIKEL BERKAITAN: Suruh pesakit umur 5 tahun hisap rokok, doktor bakal dikenakan tindakan
ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing, bau tengik asap rokok menusuk hidung! Ini apa penumpang boleh buat
Menurutnya lagi, lelaki itu kemudian membuat aduan kepada pemilik kedai, tetapi pemilik itu pula menyampaikan pula aduan itu kepada perokok berkenaan.
- Lelaki tegur kumpulan perokok di kedai makan dengan tanda 'larangan merokok'.
- Teguran dibalas kasar: “Kalau tak suka, boleh blah.”
- Pemilik kedai salahkan lelaki itu, bukan perokok.
- Perokok hampir menyerangnya, tapi dihalang rakan lain.
- Lelaki sertai Muay Thai untuk lindungi keluarga.
"Owner kedai siap tunjuk lelaki tu yang mengadu. Seorang rider bangun nak terkam dan mujur kawan-kawan tenangkan dia.
"Lelaki tu kata 'sebab tu saya join kelas ni untuk pertahan diri dan keluarga dari dipukul perokok yang tak boleh kena tegur," katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata mengakui rimas dengan sikap perokok yang masih merokok di kedai makan.
Reaksi netizen
"Pernah jadi dekat saya. Saya tegur perokok, lepas tu bukan main dia bangun acah-acah garang. Mungkin dia ingat saya ni batang kayu.
"Saya pernah ambil gambar perokok kat kedai makan lepas tu saya email je kat majikan. Settle, esok terus dah tak ada yang merokok.
"Perokok sekarang tak malu merokok dekat kedai makan, ada yang konon-konon merokok luar tapi asap masuk ke dalam juga," katanya.