suria

[V] Tiba-tiba bau tahi! Pemandu e-hailing bergegas turun kereta, terkejut tengok penumpang mabuk di tempat duduk belakang tak pakai seluar

Penumpang membersihkan kesan najis pada tempat duduk.

SEORANG pemandu e-hailing berdepan pengalaman menjijikkan apabila kenderaannya dinaiki penumpang mabuk tanpa memakai seluar.

Lebih menggelikan apabila pelanggan terbabit didakwa baru sahaja terberak di dalam seluar sebelum menempah kenderaannya.

Kejadian sekitar pukul 5 pagi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu mencetuskan rasa terkejut dan jijik apabila pemandu lelaki terbabit menyedari bau busuk sebelum membuat pemeriksaan lanjut.

Pelbagai ragam penumpang diterima pemandu e-hailing. -Gambar hiasan AIPelbagai ragam penumpang diterima pemandu e-hailing. -Gambar hiasan AI

Menerusi perkongsian video di TikTok [Tonton Video], lelaki yang dikenali sebagai Andi itu mengarahkan penumpang itu membersih dan membuang kesan najis tersebut.

"I bagi tisu, you lap. Gila la you, mana seluar? Mabuk, tak pakai seluar, bau tahi.

"Rupanya dia dah buang sebab cirit dalam seluar. Habis tu tak reti lapik ke sebelum naik kereta aku?," katanya menerusi video tersebut.

Menurut pemuda itu lagi, penumpang terbabit adalah warga Bangladesh dipercayai mabuk selepas berhibur di kelab malam.

Video berdurasi 1.09 minit itu memaparkan Andi memberikan tisu kepada penumpang terbabit dan warga Bangladesh itu kemudian mengelap bahagian tempat duduk belakang yang terkena najis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing kepoh lepas bantu letak stroller dalam but, terus dapat rating buruk - “Aku pantang orang usik fasal anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing gertak wanita demi tip lebih! Buka cerita ‘kencang’ pernah belasah polis, cari penumpang beri ‘rating’ rendah

Menjawab pertanyaan netizen adakah dia tidak menyedari salah seorang penumpang tidak memakai seluar, Andi menerusi perkongsian video yang lain berkata suasana terlalu gelap.

Dia juga tidak pernah terlintas untuk memeriksa sama ada penumpang memakai seluar atau tidak.

“Waktu saya menunggu penumpang, saya lihat melalui cermin sisi ada dua individu datang salah seorang memapah kawannya yang kelihatan mabuk.

"Jadi saya anggap situasi terkawal dan biarkan mereka masuk.

“Dalam lebih 2,000 perjalanan, saya tak pernah terfikir nak tanya atau periksa orang pakai seluar ke tidak,” jelasnya.

  • Penumpang mabuk terberak dalam kereta e-hailing di Bukit Bintang.
  • Lelaki Bangladesh itu tidak memakai seluar semasa kejadian.
  • Pemandu e-hailing hanya sedar selepas terhidu bau najis.
  • Video insiden itu tular di TikTok, pemandu beri tisu untuk cuci.
  • Netizen geli, tapi ramai juga anggap insiden itu lucu.

Andi berkata, situasi menjadi pelik apabila penumpang yang tidak mabuk masuk semula ke kelab dan seorang lagi tinggal berdua dengannya di dalam kereta.

“Saya terhidu bau yang sangat busuk, macam bau najis. Saya tanya, you berak ke? Dia hanya diam sambil terhuyung-hayang.

"Sebab curiga, saya buka pintu tengok dia tak pakai seluar. Saya terus suruh dia keluar dari kereta saya. 

"Dan selepas itulah video yang tular itu dirakam, ia adalah sambungan selepas dia keluar dari kereta saya,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Bagi netizen, situasi yang dialami pemandu itu sangat menjijikkan tetapi dalam masa yang sama ia melucukan.

"Nasib baik seat kulit, kalau yang kain biasa memang melekat sampai ke dalam seat la bau dia.

"Kita pernah naik kereta, dia balut semua seat dengan plastik. Kalau ikutkan tak selesa tapi mungkin sebab pernah jadi kes macam ni.

"Kereta kena mandi bunga tu bang. Takut tiada pelanggan nanti," katanya.

Artikel Lain