suria

Bos busuk hati staf cuti bersalin, arah pergi kursus lepas habis pantang... Tak layan pekerja lain sukarela mahu ganti

Sokongan orang sekeliling amat penting untuk membantu ibu melalui fasa berpantang. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua rakan kitadi tempat kerja faham atau ambil peduli tentang situasi orang lain.

Itu hakikat terpaksa ditelan oleh seorang wanita yang sedang cuti bersalin dan menjalani tempoh berpantang.

Biarpun cuti bersalinnya masih belum tamat, namanya sudah dicalonkan untuk menghadiri kursus selama beberapa hari di negeri lain oleh ketuanya, tanpa sebarang perbincangan atau persetujuan.

Wanita berpantang perlu menjaga kesihatan fizikal dan emosi. -Gambar hiasan

"Dekat office aku ni ada manusia bodoh toksik gila. Aku baru nak habis maternity leave ni, tak masuk lagi office, dia calonkan aku jadi peserta kursus untuk tiga hari dua malam dekat negeri ***** pula tu.

"Dia dengki agaknya aku cuti bersalin. Dia ingat aku ni bersenang-lenang dekat rumah agaknya. Dia tak fikir aku masih menyusukan baby. Sejenis takde common sense," tulisnya dalam satu luahan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan kerja toksik! ‘Budak baru’ hantar surat resign 3 kali dalam tempoh 5 bulan kerja, penyakit kemurungan datang semula

Menurut wanita berkenaan, apa yang lebih mengecewakan, rakan sekerja lain sudah pun tampil secara sukarela untuk menggantikan tempatnya dengan menghadirikursus tersebut.

Namun begitu, ketuanya tetap berkeras mahu menghantar namanyaseolah-olah seperti didasari perasaan dengki.

  • Seorang wanita masih dalam cuti bersalin diarah hadir kursus beberapa hari tanpa persetujuannya.

  • Ketuanya disifatkan sebagai toksik serta tidak mempunyai empati.

  • Rakan sekerja lain sedia gantikan tempat wanita itu, tetapi tidak dilayan oleh ketuanya.

  • Wanita itu meluahkan kerisauan jika dia menolak, dirinya mungkin akan dikecam dan dipandang serong.

  • Luahan wanita ini mendapat perhatian ramai netizen yang turut mengecam sikap ketuanya

"Mungkin boleh menolak tapi akan kecam macam-macamlah kan. Tapi pokoknya masa dia calonkan tu tak kan tak boleh fikir?

"Saya agak kecewalah kan. Kenapa benda simple macam ni tak boleh nak ada empati," luahnya lagi.

Luahan tersebut ternyata menarik perhatian ramai warganet yang meluahkan simpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

Selain mengecam sikap ketua yang disifatkan sebagai toksik dan tidak mempunyai empati, ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepansituasi serupa.

"Suami saya kena pergi merata tempat kursus, anak-anak kecil lagi. Memanglah suri rumah boleh jaga anak-anak tapi berturut-turut kursus, macam suami saya tu bujang.

"Sis terus sambung cuti khas menyusu. Tak silap dengan syarat kena bersambung dengan cuti bersalin. Tak boleh putus.

"Tolong beritahu dan jangan rahsiakan tahap kesihatan. Jujur je. Jangan bahayakan kesihatan," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain