suria

Luaran suami nampak baik, semua orang puji! Hakikatnya tak solat, malas puasa... Isteri dibiar urus rumah tangga sendirian

Perkahwinan yang bertunjangkan agama lebih diberkati dah diredai Allah. -Gambar hiasan

KATA orang, memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup umpama satu 'perjudian', sekali tersilap langkah mungkin merana seumur hidup.

Namun, jodoh yang telah ditakdirkan untuk kita semestinya memiliki hikmah yang tersembunyi.

Di Thread, seorang wanita menzahirkan rasa kecewa dengan sikap suami yang nampak baik di mata orang lain tetapi mempunyai kelemahan yang sukar diterima oleh dirinya.

Solat berjemaah mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri. - Gambar hiasan

"Suami saya sangat baik dan sangat memahami, tak pernah marah dan sangat penyabar.

"Ramai kawan saya puji suami, katanya beruntung dapat suami sebegitu.

"Tapi mereka tak tahu, suami saya sangat culas bab solat dan juga puasa," demikian luahannya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘liat’ solat, asyik tidur siang sampai berat badan naik... Isteri mula hilang ‘selera’, geli tengok cadar banyak kesan peluh

Bukan itu sahaja, katanya, semua urusan dalam rumah tangga juga perlu diuruskannya sendiri, bukan suami.

Ketika awal perkahwinan, dia hanya mengikut 'rentak' suami tetapi lama kelamaan mula berasa terbeban dan bosan.

"Semua benda dalam rumah saya yang kena aturkan. Kalau saya tak cakap, dia tak buat.

"Jadi sekarang ni saya dah mula rasa penat, dah mula rasa nak bandingkan dengan suami orang lain.

"Saya ni kiranya tak bersyukur ke macam mana?" soalnya, cuba mendapatkan jawapan daripada warganet.

Menjawab pertanyaan netizen, wanita itu mengakui dia pernah menegur suaminya dan teguran itu disambut baik.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan dia letih apabila perubahan yang ditunjukkan suami tidak konsisten.

"Suami saya memang boleh diajak berbincang tapi selalunya perubahan dia tak konsisten.

"Saya kena sentiasa ingatkan dia, tu sebenarnya yang buat saya lelah.

"Mungkin ini ujian buat saya, saya kena belajar lagi untuk reda," katanya.

  • Seorang wanita memiliki suami sangat baik dan sering dipuji rakan-rakan.
  • Suami sebenarnya culas dalam bab solat dan puasa yang menjadi kewajiban seorang Muslim.
  • Dia kerap tegur suami untuk berubah, namun perubahan tidak konsisten.
  • Semua urusan rumah tangga juga perlu difikirkan sendiri, suami cuma ikut arahan.
  • Netizen nasihat agar tidak mencanang aib suami dan tidak putus berdoa agar dia diberikan hidayah oleh-Nya.

Menerusi ruangan komen, netizen tampil bercerita tentang suami masing-masing yang dikatakan mempunyai keburukan hampir sama.

"Suami saya pun dua kali lima. Dengan muka tak malu, rela dia tunggu kat luar surau setiap kali saya pergi solat.

"Kita perempuan ni nak kena cuci make up, sarung telekung lagi, lepas tu make up balik.

"Tapi sebab sayang, tak apalah. Harapnya suatu hari nanti, terbuka hati dia untuk berubah," kata seorang netizen.

Reaksi netizen

Dalam pada itu, ada netizen menegur sikap wanita itu yang membuka pekung suaminya sendiri dengan menceritakan keburukannya kepada umum.

"Selagi dia tak menyekutukan Allah, tak berbuat zalim pada akak, tutuplah aib suami tu.

"Jangan biasakan 'share' pasal pasangan kita dekat media sosial. Orang perempuan ni senang masuk syurga, tapi kenapa nak tempah masuk neraka?" antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang menasihatinya agar tidak putus asa berdoa serta menganggap ia satu bentuk ujian dalam perkahwinan.

"Biarlah kita jadi manusia yang cuba berubah, berbanding berasa diri sudah terlalu bagus.

"Bila solat tak tinggal, kita akan rasa sempurna dan pandang hina pada orang yang tak solat. Itulah ujian dekat diri kita; yakni ujub.

"Mungkin dia terlalu selesa. Dia pun jenis cool, cuba tegur dia elok-elok. Perbetulkan keadaan dengan persetujuan bersama.

"Ajak jemaah sekali. Mana tau, lekat nanti tabiat tu," antara saranan warganet.

Artikel Lain