suria

Berbulan naik e-hailing baru sedar bayar berganda, mujur ada seorang pemandu jujur - "Saya QR mereka senyap je"

Pembayaran melalui imbasan kod QR memudahkan urusan. -Gambar hiasan

RAMAI pengguna e-hailing mungkin tidak sedar bahawa sistem pembayaran dalam aplikasi boleh ditolak secara automatik daripada kad yang telah dipautkan.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia baru menyedari bahawa bayaran bagi perkhidmatan e-hailing yang digunakan sudah dihubungkan terus dengan kad bank miliknya.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa tiada seorang pun pemandu e-hailing sebelum ini yang memaklumkan kepadanya bahawa dia membuat bayaran berganda atau sebanyak dua kali untuk satu servis tersebut.

Pelbagai kaedah bayaran disediakan untuk penggunaan e-hailing. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu lagi, sepanjang menggunakan e-haling, dia akan terus membuat bayaran melalui imbasan kod QR kepada pemandu sebaik sampai ke destinasi.

Dakwanya, pemandu-pemandu sebelum ini tidak pernah memaklumkan bahawa bayaran sebenarnya telah pun ditolak secara automatik kerana kad banknya telah dipautkan kepada sistem pembayaran aplikasi.

"Serius saya cakap, memang tak tahu rupanya e-hailing yang saya tempah tu dah link (paut) ke kad milik saya.

"Selama ni saya QR (bayar) dekat driver e-hailing kemudian mereka senyap je. Tak beritahu saya pun tambang dah bayar," katanya dalam perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Padah' mengelamun, pemandu e-hailing malukan diri depan awek... Lebur rating 5 bintang - “Dia tutup hidung”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba bau tahi! Pemandu e-hailing bergegas turun kereta, terkejut tengok penumpang mabuk di tempat duduk belakang tak pakai seluar

Sehinggalah pada suatu malam seorang pemandu e-hailing menegur dan bertanya kenapa dia masih mahu membayar menggunakan QR sebaik sahaja dia tiba di destinasi.

"Sampai satu masa, abang e-hailing ni tanya saya kenapa awak nak QR lagi? Awak pakai aplikasi dompet digital yang dah link ke kad awak.

  • Seorang individu membayar dua kali untuk perjalanan e-hailing kerana tidak sedar aplikasi sudah link dengan kad.
  • Dia membuat bayaran QR selepas perjalanan, tanpa tahu kad debitnya telah pun dicaj secara automatik.
  • Tiada pemandu sebelum ini memaklumkan tentang bayaran yang telah dibuat.
  • Seorang pemandu e-hailing akhirnya memberitahu situasi sebenar dan menegur perbuatan bayaran berganda.
  • Individu itu berterima kasih atas kejujuran pemandu tersebut kerana membantu dia sedar kesilapan itu.

"Saya terkejut, la yea ke? Kemudian dia pun tanya lagi awak tak tahu ke? Tak ada siapa (driver) beritahu awak ke?

"Kemudian baru sekarang saya tahu, terima kasih jadi manusia jujur dekat abang e-hailing yang beritahu saya tadi," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia berasa terkilan dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa sama bersyukur kerana tidak selama-lamanya membuat pembayaran sebanyak dua kali untuk sekali perkhidmatan e-hailing.

"Itu yang buat kita terkilan, berbulan-bulan kita naik Grab tak ada siapa tegur, tapi syukur sangat malam tu ada abang Grab yang jujur.

"Ada juga kan dapat driver yang baik beritahu kita, korang bayang mak-mak korang ke orang lain yang terkena macam tu," katanya.

Komen beberapa warganet pada hantaran asal.

Selepas hantaran itu dibuat, warga maya memberi pelbagai reaksi berkaitan situasi yang dialaminya

Malah, ada juga pemandu e-hailing yang berkongsi tip berhubung perkara ini.

"Saya buat e-hailing juga. Kalau pakai dompet digital, pemandu tak akan tahu berapa jumlah pelanggan kena bayar. Jadi tip saya, kalau dah sampai ke destinasi, tanya dia berapa kena bayar.

"Kalau dia cakap tak tahu, maksudnya kau bayar pakai dompet digital la tu. Kalau pakai wang tunai saja, akan terpapar dekat driver punya aplikasi berapa jumlah kena bayar.

"Rajinkan bertanya dekat driver anda pakai dompet digital atau bayaran tunai," komen seorang pemandu e-hailing.

Artikel Lain