PENGALAMAN pahit membeli makanan di sebuah gerai membuatkan pelanggan wanita ini serik dan nekad tidak akan singgah ke situ lagi.
Pelanggan itu berkata, dia memesan tiga nasi lemak namun peniaga memberitahu baki nasi yang ada hanya cukup untuk dua bungkus.
Ketika menyediakan bungkusan kedua, nasi yang dimasukkan oleh peniaga adalah lebih banyak berbanding bungkusan pertama dan memaklumkan kepada pelanggan bahawa dia mahu menghabiskan lebihan nasi.
Peniaga perlu berniaga dengan jujur dan tidak bersikap pilih bulu. -Gambar hiasan
"Masa nak bungkus nasi kedua tu, ada lebih banyak sikit dari yang pertama. Akak gerai tu cakap masuk sekali ya alang-alang nak habis.
"Saya anggap dia bagi lebih la sebab nak habiskan. Kemudian saya tambah sebungkus lagi nasi dagang. Dia pun bungkus nasi dagang satu.
"Bila selesai, bahagian kira pula. Dia kira nasi sebungkus RM2.50. Sampai bungkusan kedua, caj RM3.50. Ingatkan bagi percuma sebab nak habiskan," katanya.
Bagi sebungkus nasi dagang yang telah dipesan pula, harga yang ditetapkan adalah RM8.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak percaya pantang larang orang bisnes, peniaga ini tetap jual nasi kosong… Keajaiban muncul selang beberapa minit!
ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati ibu makanan harga RM6 untuk dua anak dibuang, pekerja anggap sisa - “Saya tak senang nak beli nasi tu”
Bagaimanapun, dia mula berasa tidak puas hati apabila seorang lagi pelanggan lelaki membeli sebungkus nasi dagang dengan lauk dan kuantiti sama tetapi harganya lebih murah.
Menurut wanita itu, dia percaya pelanggan berkenaan hanya dicaj RM7 kerana bertutur dalam loghat Terengganu.
"Lah nak kena cakap Ganu baru dapat harga murah? Tolong la para peniaga jangan la 'selek' (memilih) orang.
- Wanita kecewa dikenakan caj berbeza walaupun nasi diberi untuk 'habiskan stok'.
- Pelanggan guna loghat Ganu dapat harga nasi dagang lebih murah.
- Bukan soal RM1-RM2, tapi layanan tak adil buat wanita ini rasa terkilan.
- Netizen kecam peniaga 'pilih bulu' ikut loghat atau mengikut kenegerian pelanggan.
- Ramai harap peniaga lebih jujur kerana nilai kecil tak buat miskin atau kaya.
Ringkasan ini dijana oleh AI
"Saya tak cakap apa-apa la, malas nak berkira sebab RM1 atau RM2 ni. Tapi lain kali memang tak pergi dah (gerai) ni," jelasnya.
Walaupun terkilan dengan sikap peniaga, wanita ini memilih untuk tidak mendedahkan lokasi gerai tersebut.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya selepas hantarannya tular di media sosial.
Komen netizen di media sosial.
Ramai yang menyuarakan rasa tidak senang dengan sikap peniaga yang memilih bulu dalam melayan pelanggan apatah lagi melibatkan wang.
"Patutnya sis sound (tegur) je makcik tu. Cakap kuat sikit, makcik tak jujur! Biar orang lain tahu perangai makcik tu.
"Cerita dia, kalau akak tu bagi percuma pun dia tak miskin. Kalau peniaga suruh awak bayar pun dia tak kan kaya.
"Tapi itu la... macam-macam perangai orang berniaga ni. Semoga kita sentiasa jumpa akak-akak dan makcik-makcik yang tak berkira," antara komen netizen.