suria

Selamat tinggal pakwe kedekut! Banyak berhabis beli hadiah, tempah ‘fine dining’... Setahun bercinta cuma dapat sebungkus teh

Cinta bukan sekadar diluahkan dengan kata-kata tetapi tindakan. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah hubungan, usaha dan penghargaan seharusnya datang daripada kedua-dua pihak. 

Namun tidak semua pasangan mampu memahami bahawa mencintai bukan sekadar berkata-kata, tetapi sesekali perlu juga ditunjukkan melalui tindakan.

Perit rasanya apabila kita sudah mencurahkan sepenuh perhatian, kasih sayang dan wang ringgit, namun balasan yang diterima pula tidak setimpal, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini. 

Tempoh percintaan adalah waktu sebenar untuk mengenali hati budi pasangan. -Gambar hiasan

"Teringat kisah bekas kekasih… masa tu kami dah couple beberapa bulan. Kemudian tibalah birthday dia pada September. 

"Saya sebagai teman wanita yang pemurah dan tidak berkira soal wang ringgit telah menempah fine dining yang membuatkan saya berhabis RM1,800. 

"Malam tu memang dia happy sangat sebab dia dah menduda lebih 10 tahun tanpa ada sesiapa celebrate birthday dia. Tak habis-habis dia meluahkan rasa terharu pada saya," tulisnya dalam satu perkongsian di laman sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat boyfriend kedekut, keluar ‘dating’ kedai ayam penyet pun minta minta bil asing... Perangai ‘Haji Bakhil’ terserlah selepas kahwin!

Namun ujar wanita itu, ketika tiba hari ulang tahun kelahirannya pada bulan berikutnya, layanan yang diterima ternyata jauh berbeza.

Walaupun menerima ucapan yang indah, harapannya untuk diraikan dengan cara yang serupa akhirnya hanya tinggal harapan.

"Hari birthday saya tu, dia text macam biasa dan call tanpa sebut-sebut lagi pasal birthday saya. Okay tak pe la walaupun saya sedikit pelik.

"Saya ingat dia nak buat surprise ke esok lusa, atau pada hujung minggu. Hingga tiga minggu selepas birthday saya, dia langsung tak ada hint atau plan apa pun sampailah habis Oktober.

"Jadi birthday saya berlalu tanpa apa-apa sambutan walaupun hanya makan sekeping roti canai dan teh tarik daripada orang tersayang yang konon nak jadi bakal suami," ceritanya lagi. 

Menurut wanita tersebut, biarpun sedih, dia cuba untuk memujuk hati dengan menerima kekurangan kekasihnya biarpun lelaki itu jauh berbeza dengan arwah suaminya yang sangat pemurah. 

  • Wanita ini berhabis RM1,800 untuk sambut hari jadi teman lelaki, tapi tidak mendapat layanan serupa pada hari jadinya sendiri.

  • Lelaki tersebut tak beri ucapan manis malah tiada sebarang hadiah atau sambutan.

  • Sepanjang hubungan, wanita ini banyak memberi hadiah kepada kekasihnya tapi hanya menerima teh dari Thailand sebagai balasan.

  • Sikap kedekut lelaki tersebut makin ketara walaupun kedua-duanya berpendapatan lima angka.

  • Dia akhirnya nekad memutuskan hubungan yang terjalin lebih setahun itu.

Namun ujarnya, lama-kelamaan sikap sebenar lelaki tersebut yang terlalu berkira semakin terserlah sehingga dia akhirnya nekad mengakhiri hubungan cinta yang terjalin lebih setahun itu.

"Saya sendiri tak sangka jumpa seseorang yang sangat berkira walaupun untuk makan minum diri sendiri. Kami berdua meraih pendapatan lima angka. Tapi hati orang lain-lain kan.

"Sepanjang bercinta, banyaklah pemberian dan hadiah yang saya beli untuk dia. Saya tak kisah pun. Tapi seingat saya, dia pernah bagi saya cuma sebungkus teh dari Thailand.

"Apa pun saya bersyukur hubungan kami berakhir. Saya tak dapat bayangkan hidup dengan seseorang seperti ini," akhirinya.

Sebahagian komen netizen.

Di ruangan komen, warga maya memberikan reaksi yang bercampur namun rata-ratanya menyokong tindakan wanita tersebut 'mengangkat kaki' dari hubungan yang dilihat berat sebelah itu. 

Ramai yang menyifatkan bahawa sikap kedekut dalam perhubungan, terutamanya apabila ia melibatkan soal usaha dan keikhlasan, boleh menjadi petanda awal kepada masalah yang lebih besar dalam kehidupan berumahtangga kelak.

Artikel Lain