RAMAI individu gemar berkongsi aktiviti harian mereka melalui status WhatsApp dan Instagram Story atau platform media sosial lain.
Namun, seorang wanita berkata perkongsian yang dibuat olehnya sering menerima teguran negatif oleh ahli keluarganya.
Dalam kejadian terbaharu, dia sekali lagi ditegur gara-gara memuat naik foto makanan melalui status di aplikasi WhatsApp.
Sesetengah perkara yang dikongsi ke media sosial mungkin tidak sesuai untuk tontonan umum. -Gambar hiasan
"Wa, jangan selalu up dalam status, takut ada yang tak cukup makan terliur, lalu jadi penyakit ain," tegur ahli keluarganya itu.
Menurut wanita itu, dia sebenarnya agak rimas kerana sering ditegur setiap kali berkongsi aktiviti keluarganya di media sosial.
"Update status makanan dikira (penyakit) ain juga ke? Aku serabut betullah.
- Wanita sering ditegur sebab kongsi gambar makanan.
- Keluarga kaitkan dengan penyakit ain.
- Dia rasa serabut dan tak selesa.
- Netizen cadang sembunyi status.
- Ramai anggap itu hasad dengki.
"Kadang-kadang, bila aku, suami dan anak-anak keluar malam, ambil angin, dikatanya tak elok, nanti 'ain' juga.
"Penyakit ain celah mana aku tak tahu? Aku kongsi gambar makanan pun jarang-jarang, seminggu sekali, kadang-kadang sebulan dua atau tiga kali," luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, pelayar Thread meluahkan rasa simpati terhadap nasib pengadu yang perlu bersabar melayan sikap ahli keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah agam mewah tepi jalan nampak suram... Panahan penyakit ain punca pemilik asal lumpuh, disihir orang terdekat
ARTIKEL BERKAITAN: Berpada-pada kongsi foto selfie tayang kecantikan... Ustazah beri 5 situasi undang penyakit ain
Netizen turut menasihat pengadu agar menyembunyikan perkongsiannya daripada dilihat individu-individu berkaitan untuk mengelakkan masalah sama berulang.
"Kalau saya, hide je orang macam ni. Ada ciri-ciri joykiller.
Ramai mahu menjadi pencipta kandungan makanan dengan adanya platform seperti TikTok, YouTube dan Instagram. -Gambar hiasan
"Dia la sebenarnya ain tu. Dia melihat dengan pandangan dengki.
"Ni bukan penyakit ain. Ini hasad dengki," antara komen netizen.
Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.