APABILA berbicara tentang pekerjaan sebagai guru atau doktor, kita pasti boleh membayangkan bagaimana situasi dan cara mereka bekerja.
Namun jika disebut tentang warden penjara, kebanyakan orang mungkin tidak begitu jelas dengan skop kerja mereka.
Di Thread, seorang individu meraih perhatian ramai selepas berkongsi cabaran yang dilaluinya sebagai warden penjara.
Pelawat melalui pemeriksaan ketat untuk masuk ke kawasan penjara. -Gambar hiasan
Menurut individu itu, antara cabaran yang perlu dihadapi adalah bau penjara yang melekat pada pakaian seragamnya.
"Kerja warden penjara ni bukan sekadar jaga banduan. Kadang-kadang, kau kena jaga bau. Pakailah minyak wangi harga macam mana pun, bila balik (kerja) bau kau akan berbeza.
"Dulu masa baru kerja, aku bangga pakai uniform balik rumah. Bini aku sambut dekat pintu, tapi dia tak peluk. Dia tanya aku baru balik penjara ke? Atau penjara 'ikut' aku balik?
- Warden kata bau penjara lekat pada uniform.
- Isteri enggan peluk ketika sampai rumah.
- Pernah berlaku kejadian aneh ketika di tempat awam.
- Kini wajib bersihkan diri sebelum masuk rumah.
- Pesan pada warden muda supaya jaga kebersihan.
"Aku terdiam. Bau tu memang tak boleh sembunyi. Bau dalam penjara ni pelik. Campur peluh, sel lama, baju tak cuci dan emosi yang tertahan," tulisnya.
Selain kejadian yang melibatkan isterinya di rumah, individu itu berkata kejadian pelik turut berlaku ketika dia berada di tempat awam.
"Pernah sekali aku singgah kedai lepas kerja, lupa tukar baju. Budak dekat kaunter menangis. Makcik cashier pegang tasbih kuat-kuat. Aku senyum je.
ARTIKEL BERKAITAN: “Busuklah, tak mandi ke masa hidup?” - Celupar tegur bau mayat, pemandu van jenazah tanggung akibat sampai sekarang
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiba-tiba bau tahi! Pemandu e-hailing bergegas turun kereta, terkejut tengok penumpang mabuk di tempat duduk belakang tak pakai seluar
"Sejak hari tu, aku pasang (tetapkan) satu peraturan sendiri iaitu uniform penjara tak boleh masuk rumah tanpa mandi dan (cuci dalam) mesin basuh.
"Jangan bagi 'banduan' (bau) tu ikut kau balik rumah. Yang kena 'tahan' nanti bukan banduan, tapi isteri dan keluarga kau," kongsinya.
Dalam hantaran sama, dia turut menitipkan pesan kepada warden muda agar mencuci seragam mereka setiap hari dan memakai pewangi.
"Jangan ego nak pakai uniform seminggu tak basuh. Bawa balik gaji, bukan bau," tulisnya lagi.
Lelaki yang baru pulang dari kerja pastinya gembira disambut isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan
Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen netizen termasuklah mereka yang pernah berdepan situasi sama.
"Betul. Bila interview client kat penjara, bau tu memang tak boleh sembunyi.
"Sebab tu suami berhenti kerja sebagai warden. Dia kata bukan dunia dia. Entahlah.
"Mungkin aku dah lali dengan bau tu. Daripada atuk, mak, ayah, uncle semua (kerja) penjara sampai pencen," tulis beberapa netizen.