DALAM tempoh singkat selepas diijab kabul, tiada siapa yang mahukan kecurangan menjadi luka pertama perkahwinan.
Berkongsi cerita di laman sosial, seorang wanita meluahkan betapa hancur hatinya apabila mendapati suami curang di belakangnya, hanya selepas setahun mereka berkahwin.
Apa yang lebih menyakitkan, si suami 'kantoi' menghantar mesej meminta gambar payudara melalui aplikasi Telegram kepada seorang wanita lain, yang pernah dikenalinya empat tahun lalu.
Isu yang kecil akan menjadi besar jika tiada komunikasi antara suami isteri. -Gambar hiasan
"Suami text minta gambar payudara dalam Telegram seorang perempuan yang dia pernah jumpa empat tahun lepas, sebelum dia jumpa saya.
"Baru faham kenapa Allah beri kami ‘hold’ kejap untuk ada anak. Rupanya ‘husband’ saya curang di belakang," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu ‘liberal’, bercerita hal perempuan lain dengan isteri... Mak janda hujung rumah pasang ‘aircond’ pun tahu!
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, segala-galanya terbongkar apabila individu tersebut menghantar tangkap layar (screenshot) mesej kiriman suaminya.
"Perempuan itu tak bagi (gambar payudara) dan sempat screenshot kemudian beri kepada saya pagi semalam.
"Tolong, mana saya nak cari kekuatan? Kekuatan saya cari bukan untuk tenang, tapi untuk proses berpisah. Step by step ke mahkamah," tulisnya lagi.
Seorang wanita dedah suaminya curang hanya selepas setahun mereka berkahwin.
Suaminya 'kantoi' minta gambar payudara melalui Telegram daripada kenalan lama.
Wanita itu terima bukti screenshot daripada perempuan berkenaan.
Dia nekad mahu berpisah dan sedang melalui proses ke mahkamah.
Netizen tampil beri sokongan dan berpendapat lelaki curang memang tak layak diberi peluang kedua.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan menyokong tindakan wanita itu yang memilih untuk mengangkat kaki daripada terus hidup dengan lelaki yang bukan saja tidak pandai menghargai malah mengkhianati isteri sendiri.
Mereka berpandangan lelaki yang berlaku curang tidak akan pernah serik biarpun diberi peluang kedua, dengan ramai yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Sebahagian daripada reaksi netizen.
"Percayalah, dia cari lain bukan sebab awak kurang. Tapi sebab memang dia lelaki tak guna.
"Kenapa dia nak minta daripada orang lain sedangkan dia boleh tengok hari-hari yang dekat depan mata.
"Cerai je kak, suami boleh cari lain, bapa anak tak boleh pilih-pilih tau," komen netizen.