suria

Derita dapat suami gaji tinggi tapi kedekut teruk! Famili saran cerai, sanggup sara anak-anak - “Telur sebiji pun ungkit”

Suami isteri perlu merancang kewangan dengan bijak demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

RAMAI menganggap dikurniakan suami bergaji besar adalah satu bentuk rezeki yang diidam-idamkan ramai wanita. 

Namun tidak bagi wanita ini yang meluahkan rasa tertekan apabila terpaksa menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumah tangga, walaupun suami berpendapatan jauh lebih tinggi daripadanya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita berkenaan berkata dia hanya memperoleh gaji bulanan sekitar RM2,000 namun separuh daripadanya terpaksa digunakan membayar komitmen ansuran kereta dan perbelanjaan anak-anak. 

Komunikasi adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan perselisihan faham. -Gambar hiasan

"Anak-anak pun dah RM1,000. Kereta RM700. Baki? Pandai-pandai hidup. Kalau tak cukup nak minta dengan suami macam menagih. 

"Orang dok cakap untung gaji suami besar tapi tak tahu sengsaranya bila datang time dia ungkit dan persoalkan. Telur sebiji pun dia boleh ungkit tahu tak. Tahap kedekut dia tu extreme gila," tulisnya.

Bukan tidak pernah bertanya dan bersuara mengenai perkara tersebut, namun wanita itu berkata jawapan yang diberi oleh suaminya hanya menambahkan sakit hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami gaji RM9,000 tapi kedekut... Cuma bagi nafkah RM610 sebulan belanja 3 anak, jangan minta lebih!

"Banyak kali saya tanya, kenapa saya kena bayar anak-anak, bukan anak awak juga ke? 

"Dia cakap duit dia tak cukup. Saya macam, what??? Kau gaji besar kot. Peningnya," kongsinya, namun tidak mendedahkan jumlah gaji suami. 

Wanita itu menambah, ahli keluarga juga mula risau dengan keadaannya dan meminta dia memikirkan semula masa depan jika situasi itu terus berlarutan.

  • Seorang wanita tertekan kerana perlu tanggung perbelanjaan anak-anak dan kereta, walau suami bergaji besar.

  • Dia hanya bergaji RM2,000 tapi perlu bayar lebih RM1,700 setiap bulan, manakala suami sering mengelak dengan alasan 'banyak komitmen'.

  • Setiap kali minta duit, suami ungkit hingga wanita itu rasa seperti menagih.

  • Keluarganya risau dan saran dia berfikir semula tentang masa depan perkahwinannya.

  • Netizen saran supaya dia pertahankan hak dan pertimbangkan untuk berpisah jika keadaan tak berubah.

"Family aku tahu dan minta aku undur diri daripada orang macam ni. Sebab family sendiri tahu sengsaranya aku kena survive sendiri menagih duit suami. 

"Family aku pun sanggup sara anak-anak aku. Mak dia tahu dan mak dia cakap aku sebar aib anak dia. Entahlah aku dah penat nak argue pasal duit. Dah lima tahun berturut-turut," luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan mencadangkan agar dia memikirkan semula hala tuju perkahwinannya.

Sebahagian daripada komen netizen.

Ramai berpendapat bahawa sikap suami yang terlalu berkira, terutama dalam hal anak-anak, adalah sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga. 

"Beritahu diri awak, I deserve better. Seumur hidup itu lama untuk hadap orang kedekut. Jangan mengandung dah kalau tak nak cerai.

"Cari suami baru kak. Perit awal tak apa daripada perit selamanya. 

"Banyak lelaki baik dekat luar sana. Tak berbaloi hidup dengan orang macam tu," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain