suria

Wanita serik bercuti dengan rakan... Selamba bogel dalam bilik jalan ke hulu, ke hilir! 'Rosak' pemandangan indah

Wanita juga perlu menjaga batas aurat walaupun sesama jantina. -Gambar hiasan

PERCUTIAN dengan rakan dianggap sebagai cara terbaik untuk mencipta kenangan manis dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin.

Namun, seorang wanita mengaku serik untuk bercuti dengan rakannya selepas berlaku satu peristiwa di lokasi penginapan mereka.

Dalam hantaran di Thread, dia meluahkan rasa bengang kerana rakannya itu tanpa segan silu berbogel di hadapannya.

Picture showing hand of businessman opening hotel room

Bercuti dengan rakan-rakan boleh mengeratkan lagi hubungan persahabatan. -Gambar hiasan

"Dulu pernah 'staycation' dengan kawan-kawan. Satu bilik tiga orang. Lepas 'check in', seorang kawan ni pergi cari makan, jadi tinggal kami berdua dalam bilik. 

"Saya tengah rekod video bilik, masa pusing telefon, keluarlah kawan saya dari tandas dan telanjang. Tanpa seurat benang pada tubuhnya, coli dan seluar dalam pun tiada.

"Saya jerit dan tanya kenapa telanjang? Dia cakap panas. Saya kata 'aircond' dah pasang, pergilah pakai tuala atau apa-apa," imbas wanita itu.

  • Wanita trauma rakan berbogel masa bercuti.
  • Kejadian dalam bilik dan hanya ada mereka berdua.
  • Rakan beri alasan panas tak pakai baju.
  • Katanya biasa bogel depan kawan perempuan.
  • Pengadu serik dan tak mahu bercuti lagi.

Lebih membuatkan dia terkejut, rakannya itu mengakui berbogel ketika bercuti dengan rakan-rakan wanita sudah menjadi perkara biasa untuk dirinya.

Sejak peristiwa itu, pengadu berkata dia enggan lagi bercuti dengan rakannya itu.

"Saya tak selesa. Baik-baik nak tengok pemandangan, dah nampak bulu sejembut kau tu, loya. Lepas tu (baru) dia pakai tuala. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu umpan wang ringgit, lelaki berjambang jenuh tengok gambar bogel... Bersusun 25 pelajar perempuan rela hati kongsi aksi ‘nakal’

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”

"Dia cakap biasanya kalau 'check in' dengan kawan perempuan, memang dia bogel dengan bebas. Saya risau, ada juga manusia macam ni.

"Itu kali terakhir saya bercuti dengan dia. Seram," tulis wanita itu lagi.

Perkongsian wanita itu turut menerima pelbagai komen netizen.

Dalam apa jua situasi, kita sebagai umat Islam perlu sentiasa menjaga batas aurat. -Gambar hiasan

Antaranya, ada netizen membuat andaian bahawa rakan kepada wanita itu merupakan seorang lesbian.

"Masa jadi atlet dulu macam tu juga. Budak-budak lain bogel tayang masing-masing punya. Aku macam 'culture shock'.

"Tak bertamadun betul kawan awak tu. Common sense 'ke laut' ek.

"Perempuan dengan perempuan pun ada aurat yang perlu ditutup tau," antara komen netizen.

Artikel Lain